Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, March 15, 2011

Kerajaan Pusat mestilah mempertimbangkan Projek Dua Reaktor Nuklear dengan menyeluruh

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak Kerajaan Pusat supaya mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya terhadap projek membina dua reaktor nuklear di negara ini.

Letupan dan kebocoran reaktor nuklear di Jepun selepas dilanda gempa bumi skala Richter 9 dan tsunami memberi gambaran yang buruk kepada dunia.

Pada 15.3.2011, Dr Tan mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meneruskan projek tersebut. Malaysia Nuclear Power Corporation dikatakan telah memanggil tender untuk konsultan-konsultan luar negara untuk mengkaji tempat dan keadaan yang sesuai bagi mengadakan dua reaktor.

Walaupun Malaysia adalah terlindung daripada gempa bumi, tsunami dan typhoon, ia tidak bermakna reaktor di negara ini tidak akan menghadapi kerosakan seperti di Jepun. Kemalangan buatan manusia boleh berlaku.

Pendek kata, selain daripada menyaksikan perkembangan reaktor-reaktor yang rosak di Jepun, Malaysia patut mengkaji projek dua reaktor tersebut dengan lebih menyeluruh dari pelbagai segi. Perkara ini memang mempunyai pro dan kontra. Adakah ia sesuai dan selamat untuk negara ini?

Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home