Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, March 02, 2011

SPAD mestilah berkesan dan adil

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw memperingatkan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar agar beliau mestilah menjalankan tugas dengan berkesan dan adil kepada semua pihak termasuk operasi semua terminal pengangkutan awam darat di seluruh negara.

Mungkin sistem-sistem pengangkutan termasuk Mass Rail Transit (MRT) di Hongkong, Tokyo, Shanghai, Singapura dan Taipei boleh dipelajari.

Pada 3.3.2011, Dr Tan membuat komen terhadap Tan Sri Syed Hamid Albar yang hendak menggunakan undang-undang seperti Akta Pengangkutan Awam Darat (2010) untuk menetapkan caj maksimum ke atas pengusaha pengangkutan awam. Beliau mahu mengawal 14,000 bas ekspres, bas mini, bas henti-henti dan 40,000 teksi.

Para pengguna jalan memimpi bahawa perkidmatan segala jenis kenderaan awam adalah lancar dan kesesatan di bandar-bandar terutamanya di Kuala Lumpur dapat diatasi. Maka tugas dan tanggungjawab pengerusi SPAD adalah paling berat.

Orang ramai menumpukan perhatian kepada SPAD dan lain pihak yang berkenaan untuk mempertingkatkan pengangkutan awam kepada tahap dunia. Setakat ini tidak sampai 20% orang yang masuk ke bandaraya menaiki pengangkutan awam, berbanding dengan bandaraya seumpama Hong Kong--angkanya lebih 80%.

Peruntukan berbilion ringgit dan projek demi projek, misalnya Light Rail Transit (LRT), Monorail dan Komuter telah diadakan. Kerana pelbagai faktor termasuk pengurusan yang kurang sempurna, rancangan LRT tidak dilanjutkan beberapa tahun. Kini, barulah wujud projek LRT baru di Kelana Jaya.

Tiap-tiap kali pemandu kereta yang masuk ke pusat bandar mengambil masa dua atau tiga jam atau lebih, terutamanya ketika hujan atau kemalangan, dia nescaya fikir mengenai SPAD, Kementerian Penmgangkutan dan Dewan Bandaraya seperti DBKL. Lebih 1.6 juta pengguna pengangkutan awam mengharapkan Tan Sri Syed Hamid dapat berikhtiar untuk memperelokkan keadaan.

Tahun lepas, semasa saya bersua dengan Tan Sri, beliau mengakui tanggungjawab SPAD yang sangat berat dan keadaan yang rumit. Semoga beliau boleh menunaikan kewajipannya dengan baik sekali.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home