Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, February 28, 2011

Tingkatkan kualiti guru di seluruh negara

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menimbang semula keberkesanan langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan kualiti guru di hampir 10,000 sekolah di negara ini.

Pemberian ganjaran kepada guru yang benar-benar cemerlang adalah langkah yang munasabah. Kriteria tafsiran guru mestilah adil.

Pada 1.3.2011, Dr Tan mengulas pengumuman YAB Muhyiddin mengenai ganjaran guru besar di Merlimau semalam.

Seperti yang dijangkakan, Timbalan Perdana Menteri membuat pengumuman untuk mengambil hati rakyat terutamanya para pengundi di Kerdau dan Merlimau sebelum 6.3.2011 hari mengundi pilihanraya kecil kedua-dua kawasan itu. Di Merlimau, beliau mengatakan 586 guru besar dan 2,800 guru serta kakitangan sokongan sekolah terpilih menerima ganjaran yang diperkenalkan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) hasil kecemerlangan meningkatkan pencapaian sekolah untuk melepasi sasaran yang ditetapkan.

Di bawah Tawaran Baru itu, guru besar menerima RM7,500, manakala lima peratus daripada keseluruhan guru sekolah terbabit menerima RM1,800 dan bakinya mendapat RM900.

Guru besar terbabit antara 925 atau 12.10 peratus bilangan sekolah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) di seluruh negara pada tahun lalu.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti haruslah menjalankan tugas dengan baik. Keberkesanan dan keadilan patut sentiasa ditekankan.

Sebenarnya, guru yang betul-betul cekap dan beramanah wajar diberi ganjaran. Menteri Pelajaran perlu mengambil perhatian agar semua dilaksana dengan baik.

Ada guru yang berdedikasi. Ada yang kurang. Apa yang membimbangkan ialah jaminan YAB Muhyiddin untuk mengadakan kursus khas bagi meningkatkan kualiti guru. Kononnya, terdapat 12 jenis kursus untuk para guru. Adakah kurusus-kursus ini efektif? Adakah benar setengah kursus menjadi kursus bercuti dengan elaun? Selepas menyertai kurusus, adakah kualiti guru meningkat?

Kami akan terus menyusul kepada masalah kualiti sesetengah guru di negara ini. Hampir 400,000 guru mempunyai tanggungjawab yang berat mengajar berjuta pelajar.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home