Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, February 17, 2011

Keberkesannan Jabatan Imigresen mestilah dipertingkatkan

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulangi bahawa keberkesanan Jabatan Imigresen haruslah dipertingkatkan, misalnya di dalam pengawalan pendatang tanpa izin di negara ini.

Pada 17.2.2011, Dr Tan mengulas tentang kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menyebutkan mengenai Program Transformasi Jabatan Imigresen.Semoga program ini adalah efektif.

Menurut beliau program tersebut akan menyaksikan sebahagian besar daripada permohonan termasuk mendapatkan pembantu rumah, dilaksanakan secara dalam talian (online), dalam usaha meningkatkan integriti dan menangani gejala rasuah di kalangan kakitangan.

Saya berharap Datuk Seri Hishamuddin dapat menunaikan apa yang dijanjikan. Terdapat beberapa perkara yang penting termasuk pendatang dengan atau tanpa izin. Kalau Jabatan Imigresen hendak menjadi relevan dan dihormati, maka isu-isu seperti PATI patut ditangani dengan berkesan.

Menurut angka rasmi, bilangan pendatang dengan izin adalah 1.9 juta orang. Tetapi bilangan PATI adalah tidak diketahui.Anggarannya adalah di antara 2 hingga 4 juta.
Pendatang mewujudkan implikasi dan konsekwensi yang serius.

Selain daripada masalah pendatang, bilangan orang luar yang menyalahgunakan visa pelajar adalah kian meningkat. Contohnya, di beberapa kawasan seperti Kepong, orang-orang dari Afrika boleh dilihat membuka kedai seperti restoran dan terlibat dengan kegiatan-kegiatan seumpama skim cepat kaya.

Kami akan terus menyusulkan kepada langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan Imigresen dan jabatan yang lain mengenai pendatang dan orang yang menyalahgunakan visa pelajar.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home