Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, January 05, 2011

Adakah JAKIM mengiktiraf sijil IFRC untuk mekanan halal?

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menjelaskan apakah status Islamic Food Reseach Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia), yang dimiliki Bahtera Lagenda Sdn Bhd.

Adakah Kerajaan mengiktiraf sijil IFRC untuk makanan halal? Adakah ia didaftarkan di Malaysia?

Pada 5.1.2011, Dr Tan membuat seruan tersebut setelah menerima aduan daripada orang awam mengenai sijil halal.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menubuhkan Makmal Analisis Institut Halal Malaysia yang dikendalikan pegawai jabatan itu sendiri di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Institut ini, yang bernilai RMK27.3 juta, adalah terletak di atas tanah seluas RM27.3juta hektar dan dijangka beroperasi sepenuhnya dua tahun lagi.

Soalan yang pokoknya ialah berapa institut diizinkan oleh Kerajaan untuk mengeluarkan sijil halal di negara ini?

Menurut Datuk Seri Jamil Khir Baharom, institut JAKIM menjadi satu-satunya makmal seumpamanya di dunia, sekaligus meningkatkan jaminan halal bahan yang diuji. JAKIM sedang bekerjasama dengan Makmal Analisis Sementara Produk Halal Universiti Putra Malaysia bagi melaksanakan persijilan halal.

Orang-orang yang mempunyai sijil IFRC telah difahamkan bahawa konsultannya adalah Hj Abdullah Fahim yang pernah berkhidmat dengan JAKIM. Menteri mestilah menyiasat bilangan orang yang mempunyai sjil IFRC. Apakah keadaan yang sebenarnya?

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home