Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, January 23, 2011

Kementerian Sumber Asli perlu membaiki kecekapan perkhidmatan jabatan tanah

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seg Giaw menyeru supaya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempertingkatkan efisiensinya termasuk prosedur dan kawalan di jabatan-jabatan tanah dan galian. Dengan perkhidmatan yang lebih baik, masalah geran 1124 unit rumah di Taman Kepong dapat diselesaikan.

Pada 2011, peruntukan Jabatan Pengurusan Tanah dan Undang-Undang di kementerian tersebut adalah RM 176 juta. Wang ini mestilah digunakan dengan berkesan, misalnya memperelokkan perkhidamtan di jabatan tanah dan galian.

Pada 23.1.2011, Dr Tan berjumpa dengan para penduduk di Taman Kepong untuk menjelaskan langkah-langkah yang telah diambil bagi menangani masalah geran di taman itu. Pada 27.12.2010, kami telah menemui Encik Latif Ali, Timbalan Pengarah,Jabatan Tanah dan Galaian, Wilayah Persekutuan.

Lebih 40 tahun yang lalu, sijil geran kekal di taman tersebut tidak dikeluarkan. Pada masa itu, jurukur tanah tidak dilesenkan. Adalah tidak wajib bagi pemilik rumah bagi mendapat geran kekal.

Pemaju haruslah bertanggungjawab untuk hal geran. Dewan Bandaraya, Jabatan Tanah dan Galian serta Jabatan Ukur dan Pemetaan perlu mengambil perhatian.

Pemilikan tanah di Taman Kepong adalah mutlak. Tetapi, 1124 unit rumah mempunyai sijil geran sementara. Geran kekal hanya boleh diterbitkan bila lot-lot telah diukur dengan halus. Setakat ini, kerja ukur telah dibuat ke atas 47 lot. Bilakah baki 1077 lot boleh diukur? Kita akan pergi ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan untuk mendapat tahu keadaan kerja ukur di taman itu.

Selain daripada Jabatan Tanah yang cekap, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Dewan Bandaraya dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mestilah mengkaji secara menyeluruh keadaan perumahan dan geran. Kini, orang ramai yang pergi ke jabatan-jabatan berkenaan menemui kakitangan yang baik dan yang kurang baik. Jika nasib baik, mereka mendapat perkhidmatan yang elok. Sebaliknya, mereka akan berasa kecewa.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home