Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, January 09, 2011

Pejabat Tanah mestilah berikhtiar mengatasi masalah geran tanah

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mempertingkatkan usaha untuk menyelesaikan masalah geran tanah 1124 unit tumah di Taman Kepong, agar mereka dapat geran kekal.

Pihak berkuasa haruslah memberi perhatian untuk memastikan semua pemaju mematuhi syarat-syarat perjanjian termasuk geran. Sementara itu, kerajaan patut mengurangkan birokrasi.

Pada 9.1.2011, Dr Tan bersama dengan wakil-wakil penduduk Taman Kepong membuat kenyataan tersebut.

Lebih 40 tahun yang lepas, pemaju Kepong Development Sdn Bhd memajukan Taman Kepong. Semasa itu jurukur tanah tidak payah mengambil lesen dan permohonan geran kekal tidak diwajibkan. Unit ukuran ialah kaki persegi. Kini, meter persegi digunakan.

Pada 27.12.2010, wakil penduduk dan saya menemui Encik Latif Ali, Timbalan Pengarah, Jabatan Tanah dan Galian Wilayah, Persekutuan KL. Jabatan itu hanya mewarisi kesulitan geran ini. Kami berharap ia akan mengatasinya.

Fasa pertama Taman Kepong mempunyai 525 unit rumah dan Fasa kedua 600 unit. Setakat ini ada 47 yang menukar unit ukuran lot dari kaki persegi kepada meter persegi.

Pemaju haruslah bertanggungjawab untuk geran tanah. Dewan Bandaraya, Jabatan Ukur dan Jabatan Tanah dan Galian mestilah mengambil perhatian.

Terdapat sesetengah pemaju sanggup menghadapi pelbagai masalah dengan baik, termasuk menentukan geran yang tepat.

Kami mendesak supaya pihak yang berkenaan mengambil berat terhadap semua projek perumahan. Begitu, para pembeli diberi geran tanah yang tepat.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home