Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, January 06, 2011

JKR mestilah turunkan rangka besi di Tiang 28 MRR2 dengan cepat

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Jabatan Kerja Awam (JKR) menurunkan rangka besi di Tiang 28 Jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dengan cepat dan memastikan keselamatan lalulintas.

Dr Tan mengeluarkan kenyataan pada 7.1.2011. Semalam, beliau menerima surat dari JKR yang memberitahu tujuan kawalan lalulintas di bawah Jejambat MRR2 pada jam 10 malam 8.1.2011 hingga 6 pagi 9.1.2011 untuk menurunkan rangka besi di Tiang 28 MRR2 berhadapan dengan Kompleks Desa Kepong dan Stesen Kepong Sentral. Keputusan ini telah dibuat di mesyuarat JKR pada 23.12.2010.

Dalam beberapa tahun ini, peristiwa keretakan sesetengah tiang jajambat MRR2 telah menimbulkan huru-hara. Setelah membelanjakan kira-kira RM70 juta, rangka besi masih ditinggalkan di Tiang 28 dan jaring hijau di beberapa tiang lain.

Saya sering membangkitkan soalan mengenai keselamatan jejambat tersebut di Dewan Rakyat. Kementerian Kerjaraya mengulangi jawapannya bahawa jejambat itu adalah selamat.

Saya berharap pada malam 8.1.2011, JKR boleh membuka rangka besi di Tiang 28 dengan cepat. Kemudian, lalulintas di bawah jejambat dapat dipulihkan.

Saya akan terus memberi perhatian kepada MRR2 termasuk siapa yang bertanggungjawab tentang bayaran RM70 juta untuk memperbaikinya serta siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home