Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, October 12, 2010

Kawalan e-mail dan khidmat pesanan ringkas (SMS)

Timbalan Pengerusi Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menekankan bahawa semua jenis kawalan ke atas e-mail dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak seharusnya menjejaskan perkhidmatan kebaikan yang wujud.

Pada 13.10.2010 Dr Tan mengulas jawapan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB Datuk Seri Rais Yatim terhadap kawalan e-mail, SMS dan Blackberry Messenger.

Menteri mengatakan Kerajaan Pusat tidak akan menghalang perkhidmatan e-mail, SMS, Blackberry Messenger dan perkhidmatan lain. Ia akan menggunakan Akta Komunikasi Multimedia, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan untuk mendakwa sesiapa yang didapati melanggar undang-undang. Di bawah undang-undang ini, pesalah boleh didenda RM50,000 atau dipenjara satu tahun atau kedua-duanya.

Walaupun negara-negara Arab seperti Dubai pernah mengambil tindakan ke atas Blackberry, ia merupakan langkah yang sementara sahaja. Mereka membernarkan perkhidmatan Blackberry.

Menurut Rais, terdapat 8 billion SMS setiap hari di Malaysia dan berbilion-bilion lagi e-mail. Kawalan yang berkesan susah diadakan.

Apa yang kuat untuk kebaikan, ada juga kuat untuk kejahatan. Ini adalah hakikat di bumi manusia.

Kebaikan perkhidmatan SMS, e-mail, Blackberry dan lain-lain memang ketara. Segelintir orang yang sanggup menyalahgunakan perkhidmatan ini, menyebabkan kesusahan. Kalau kerajaan tidak mengeluarkan fakta yang benar, perkhidmatan tersebut boleh memuatkan hakikatnya. Jika ini berlaku, kerjaan berkenaan mungkin tersinggung.

Rais menyebutkan Research In Motion (RIM) yang memberi maklumat darihal Blackberry. Kerajaan tidak akan mengharamkan perkhidmatan ini.

Yang terpenting sekali, sebarang kawalan tidak seharusnya menjejaskan kebaikan perkhidmatan SMS, e-mail dan Balackbery.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home