Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, October 17, 2010

Perlu efisiensi untuk melaksanakan strategi Bajet 2011

Pada 15.10.2010, selepas YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, Dr Tan membuat komen mengenai langkah untuk melaksanakan strategi bajet itu.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menekankan bahawa dalam Bajet 2011 RM213.98 bilion efisiensi pelaksanaan adalah terpenting.

Langkah-langkah untuk integriti adalah tidak ketara. Misalnya peruntukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) adalah RM202.3 juta berbanding dengan RM156.8 juta bagi 2010. Ini memang peruntukan yang tidak cukup untuk SPRM menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Perbelanjaan mengurus adalah RM162.8 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM51.18 bilion.

Di dalam Bajet 2011, YAB Datuk Seri Najib mengambil beberapa langkah untuk mengambil hati orang. Contohnya kadar tol tidak dibenarkan naik untuk tempoh lima tahun, peruntukan RM350 juta untuk mencegah jenayah dan initiatif untuk memantapkan perkhidmatan awam yang mempunyai 1.2 juta anggotanya.

Peruntukan yang terbanyak adalah RM35.8 bilion bagi Kemeterian Pelajaran dan RM12.6 bilion untuk Kementerian Pengajian Tinggi, dengan jumlahnya ialah RM48.4 bilion. Ini memang peruntukan yang munasabah. Apa yang peri mustahaknya, pelaksanaan berkesan strategi Bajet 2011.

Kami akan terus membuat ulasan terhadap perkara-perkara yang pokok di dalam Bajet 2011.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home