Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, November 10, 2010

Wujudkan suasana baik untuk anggota baru ATM

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kementerian Pertahanan mewujudkan suasana yang sesuai bagi menggalakan penyertaan anggotaan baru yang membayangkan pelbagai kaum di Angkatan
Tentera Malaysia (ATM).

Pada 9.11.2010, Dr Tan menumpukan perhatian kepada jawapan Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat semasa sesi soal-jawab mengenai punca kekurangan kaum tertentu dalam ATM.

Menurut menteri, pengambilan anggota baru adalah 8,151 orang pegawai dan anggota lain, 14,789 orang dan 9,054 orang bagi 2008, 2009 dan 2010 masing-masing. Untuk 2010, bilangan rekrut adalah terdiri dari 90% Melayu, 0.91% India, 0.29% Cina dan 8.8% lain-lain.

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid memberi beberapa sebab kekurangan kaum yang tertentu, termasuk gaji dan pandangan keluarga. Sebab-musabab ini sering disebutkan di dalam Dewan.

Saya pernah berkhidmatan di dalam Kor Ubatan, ATM. Saya menyedari sedikit kadaan di dalam ATM.

Bilangan pemuda dan pemudi yang merebut menyertai tentera di China dan Taiwan adalah begitu ramai. Suasana di situ adalah berlainan.

Saya berharap ATM boleh mewujudkan suasana yang menarik untuk pemuda-pemudi semua kaum.

Dr Tan Seng Giaw

2 Comments:

At 1:59 AM, Blogger Haris Zaky Mubarak said...

thats right

 
At 1:59 AM, Blogger Haris Zaky Mubarak said...

thats right

 

Post a Comment

<< Home