Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, October 06, 2010

Tindakan tetap terhadap kakitangan yang menyeleweng

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong menyeru supaya tindakan tetap dikenakan ke atas kakitangan-kakitangan kerajaan termasuk Jabatan Imigresen yang bersubahat dengan orang tengah untuk membawa pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 8 kakitangan Jabatan Imigresen kerana terlibat dengan rasuah. Tindakan ini mestilah konsisten tanpa mengira orang besar atau kecil. Yang pentingnya SPRM berjaya mendakwakan mereka di mahkamah.

Pada 6.10.2010, Dr Tan mengikuti tindakan SPRM terhadap kakitangan kerajaan atau orang tengah yang bersekongkong dengannya.

Menurut Kementerian Dalam Negara (KDN), terdapat 1.8 juta pendatang dengan izin. Bilangan PATi tidak diketahui. Anggarannya mungkin 3 hingga 4 juta orang. Bagaimana mereka meresap masuk ke negara.

Memang sudah bertahun-tahun kita mengesyaki sindiet-sindiket haram yang bersubahat dengan kakitangan-kakitangan kerjaan termasuk Imigresen yang membolehkan PATI diseludup masuk ke negara ini.

Sekarang, ada ura-ura yang membayangkan kemungkinan Kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) untuk menahan kakitangan dan orang tengah kerana terbabit rasuah di pintu sempadan sehinggan menyebabkan PATI masuk ke negara ini.

ISA ialah untuk Komunis. Kita mestilah menggubalkan undang-undang khasnya untuk menangani masalah PATI.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home