Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, October 20, 2010

Persekitaran sesuai untuk pelaburan;penarikan bakat.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulangi bahawa Kerajaan Pusat mestilah berikhtiar mewujudkan kestabilan,dasar konsisten,efisiensi,integriti,sumber manusia mahir dan boleh dipercayai dan ketiadaan atau kekurangan birokrasi untuk menarik para pelabur.

Dr Tan mengambil bahagian di dalam perbahasan Bajet 2011 pada 18 dan 19.10.2010 di Dewan Rakyat.

Saya membangun mengambil bahagian di dalam perbahasan ini dengan berhati-hati kerana strategi dan langkah yang terkandung di dalamnya belum pasti boleh berjaya. Ada beberapa langkah seperti kadar tol tidak akan dinaikkan untuk tempoh lima tahun (pampasan Kerajaan ?RM5 bilion), Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas, RM350 juta untuk program membanteras jenayah yang boleh mengambil hati rakyat. Tetapi, langkah yang disyorkan untuk transformasi boleh dipertikaikan.Menurut Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib, pada 2020 negara ini akan dibawa dari pendapatan perkapita pertengahan US$6,500 kepada US$15,000. Jika matlamat ini boleh dicapai, maka langkah-langkah adalah betul. Tetapi, Program Ekonomi Transformasi Nasional (NETP) yang hendak menarik pelaburan RM1.3 trilion pada 2020, 92% daripada swasta, memerlukan suasana yang sesuai.

Defisit fizkal

Tahun ini defisitnya 5.6%, 2011 dianggarkan 5.4%. Ada usaha untuk mengurangkan dengan beransur-ansur kepada 3% pada 2015. Ini adalah tahun ke-14, wujudnya defisit bajet. Keadaan ini perlu diperbaiki. Perbelanjaan tidak boleh lebih daripada pendapatan.

Perang mata wang dan perang perdagangan

Adalah jelas bahawa Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah menekan China untuk menaikkan nilai Yuan dengan banyak. Kini, Barang-barang dari China diimport oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah dengan lebih murah, walhal barang-barang mereka adalah kurang disambut di China. Kontroversi mata wang memang rumit. Ada yang mempercayai bahawa kadar mata wang Amerika Syarikat sengaja diturunkan. Jepun dan India menghadapi masalah dengan turunnya dolar.

Amerika Syarikat mengenakan tarif ke atas import dari China ke AS termasuk duti-duti anti-lambakan dan countervailing ke atas produk-produk China yang diimport. Dengan keadaan demikian, China membalas dengan langkah-langkah untuk menentangnya. China merupakan rakan perdangan yang terbesar Amerika Syarikat.

Apakah sikap dan langkah Malaysia? Diam diri dan lihat dan tunggu pasaran?

Rm1.3 trilion pelaburan

Najib hendak mendaya kembali pelaburan swasta,sebagai enjin pertumbuhan. Rancangan Malaysia Ke-10 akan mengenengahkan lagi peranan swasta. Pelaksanaan 12 National Key Economic Area (NKEA) dijangka menjana pelaburan bernilai lebih 1.3 trilion ringgit atau 444 bilion dolar Amerika dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan pada 2020, 92%nya daripada swasta. Dalam tempoh yang sama, China akan menarik US$3.4 trilion untuk rancangan infrastruktur. Malaysia bersaing dengan China untuk pelabur. Siapa akan menang?

Bajet menyebutkan langkah-langkah pelaburan untuk pembangunan strategik berimpak tinggi seperti membangun Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) dengan nilai anggaran sebanyak 26 bilion ringgit, transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Lembah Klang dengan anggara kos pelaburan swasta kira-kira 40 bilion ringgit dijangka siap sepenuhnya pada 2020. Adakah ini akan menarik ramai pelabur? Keranan pelbagai faktor, ada juga pelabur pergi ke Indonesia, Vietnam, Laos, Kampuchea dan Myanma. Malaysia haruslah memahami sebab-musababnya.

Para pelabur menumpu perhatian keapada kestabilan, efisiensi, kekurangan birokerasi, dasar konsisten, dan sumber manusia yang boleh dipercayai. Di dalam usaha untuk membangunkan modal insan, dari kanak-kanak sampai universiti dan latihan teknikal, kita perlu meningkatkan kualiti dan kemahiran sumber manusia untuk menggantikan berjuta-juta pekerja asing.

Bangunan Warisan Merdeka 100 tingkat.

Kami berharap Kerajaan boleh mempertimbangkan semula keperluan untuk melaksanakan projek RM5 bilion untuk mendirikan bangunan bertingkat 100 yang tertinggi di Malaysia. Ia akan disiapkan pada 2015. Adakah ia akan menggantikan Menara Kembar Petronas sebagai mercutanda?

Setelah Menaran Kembar Petronas 88 tingkat disiapkan, ia merupakan yang tertinggi di dunia. Kemudian, ia digantikan oleh Burj Khalifa, Dubai, yang bertingkat 162 dan tinggi 452 meter

Bajet patut menggunakan wang rakyat dengan bijak dan Permodalan Nasional Berhad yang memilki Menara Warisan Merdeka adalah syarikat berkaitan dengan kerajaan yang menguruskan wang awam. Berapa ramaikah rakyat yang mendapat faedah daripada bangunan ini? Adakah ia menjadi suatu tradisi Perdana Menteri baru? Tun Mahathir mendirikan Menara Kembar 88 tingkatdan. Najib 100 tingkat. Sterusnya, Perdana Menteri baru lagi 1020 tingkat? 1040 tingkat?

Jika kita menggunakan RM5 bilion (sebenarnya yang diperlukan berpuluh bilion ringgit) untuk membina universiti baru bertaraf antara bangsa dengan Naib-Canselornya pemenang Hadiah Novel, profesor dan pensyarah terdiri dari ahli-ahli akademik terkemuka di dunia. Adakah ini memberi manfaat kepada lebih ramai orang?

Singapura mampu membina bangunan lebih 100 tingkat. Ia tidak berbuat demikian. Ia adalah salah satu pusat kewangan dan juga pusat perkhidmatan dunia. Sekiranya, Warisan Merdeka akan didirikan, maka mungkin sesetengah pakarnya datang dari Singapura.

Switzerland tidak membuat bangunan lebih dari 100 tingkat. Sebaliknya, ia menggari Terowong Rel Gotthard sepanjang 57 Km di bawah Gunung Alpine dan mengambil masa 14 tahun dengan perbelanjaan berpuluh bilion Euros. Kini, setiap hari terdapat 3,000 trak besar mebawa barang-barang ulang-alik Utara dan Selatan Eropah melalu Gunung Alpine. Bila terowong tersebut digunapakai pada 2017, barang-barang dan para penumpang boleh naik keretapi. Demikian, jarak Utara dan Selatan Eropah akan dipendekkan. Terowong ini memberi manfaat kepada ramai di dalam dan luar Switzerland.

Mengapa Malaysia tidak boleh mengadakan projek seumpaama ini, memberi faedah kepada ramai dan merentasi sempada?

Menarik bakat

Kerajaan akan berusaha menarik, memotivasi dan mengerkalkan modal insan yang berkemahiran dari dalam dan luar negara. Dengan tertubuhnya Talent Corporation dan tergubalnya National Talent Blueprint. kami berharap keadaan akan bertambah baik. Saya mengesyorkan supaya Kerajaan memantau para bakat yang kembali dari luar negara untuk mengetahui masalah yang dihadapinya. Seterusnya, mungkin mereka akan kekal di negara ini.

Amerika Syarikat, Eropah dan Singapura menarik dan mengekalkan bakat-bakat entah bertahun-tahun. Bakat-bakat dari sekolah persendirian dengan Unified Examination Certificate adalah dilayan dengan baik di Singapura. Kerajaan tunggu dan lihat. Najib memang tahu faktor-faktor yang menyebabkab ramai berhijrah.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home