Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, October 14, 2010

Cegah projek terbengkalai

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulangi bahawa Kerajaan Pusat mestilah mempertingkatkan usaha termasuk dasar, penguatkuasaan, undang-undang, peraturan-peraturan, sistem tender dan sistem kawalan untuk semua projek, sama ada awam atau swasta, bagi mencegah projek terbengkalai.

Pada 14.10.2010, Dr Tan memperhatikan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Tan Sri Nor Mohammed darihal projek terbengkalai di Dewan Rakyat.

Selepas menakrifkan projek terbengkalai sebagai propjek yang lewat lebih tiga bulan atau 30% kerja belum siap lagi pada tarikh yang ditetapkan, Tan Sri Nor Mohammed menyentuh Jawatankuasa Projek Sakit, intervensi secara aktif dan Initiatif Kewangan Swasta (PFI) dengan bayaran selepas projek disiapkan.

Pada 4 5.2010, Menteri Kera Raya Datuk Shaziman Abu Mansor mengatakan bahawa projek terbengkalai merupakan 1% daripada 1,673 projeknya di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Ini berlaku kerana kelemahan kontraktor, masalah bahan-bahan binaan, kesulitan teknikal dan cuaca.

Pada 28.8.2010, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengambil tindakan melalui Jabatan Perumahan Negara unutk menangani projek-projek perumahan swasta yang terbengkalai. Menurutnya, pada 30.6.2010, terdapat 425 projek perumahan swasta yang mengalami kesusahan di Semenanjung berbanding dengan 2,175 yang dianggap baik.

Faktor-faktor yang menyebabkan projek terbengkali adalah termasuk pengurusan tidak cekap, pembangunan komponen-komponen yang tidak sesuai, pembinaan yang salah dan penipuan pemaju.

Dari 423 projek, 41 (9.7%) adalah terlewat, 231 (54.6%) sakit dan 151 (35.7%) terbengkalai. Kerajaan telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas yang diketuai Ketua Setiausaha Kerajaan dan ahli-ahlinya dari pegawai-pegawai jabatan-jabatan dan wakil-wakil swasta.

Kita tidak mempunyai fakta projek-projek terbengkalai awam dan swasta yang lengkap. Wang yang terlibatnya mungkin berpuluh bilion ringgit dan kerumitan yang timbul memang dahsyat.

Kerajaan perlu mempertingkatkan usaha untuk mencegahkan projek terbengkalai termasuk mekanisme, undang-undang, peraturan-peraturan, dasar-dasar, sistem tender dan sistem pemantauan. Setakat manakah Pasukan Petugas Khas dapat mengatasi masalah projek terbengkalai?

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home