Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, September 13, 2010

Syabas kepada Tan Sri Dr Zeti Akhbar Aziz

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen kepong Dr Tan Seng Giaw mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kerana dipilih sebagai antara tujuh ketua bank pusat terbaik dunia bagi 2010 di atas kecemerlangan pengurusan ekonomi sepanjang tahun lalu.

Majalah kewangan Global Finanace, New York, memilih enam ketua bank pusat yang lain: Jean-Claude Trichet (EU), Glen Stevens (Australia), Stanley Fischer (Israel), Lee Seong Tae ( Korea Selatan), Fai- nan Perng (Taiwan) dan Durmus Yilmaz (Turki.

Zeti adalah ahli ekonomi yang berkhidmat dengan Bank Negara berpuluh tahun. Nampaknya, ahli ekonomi dan pengalaman dalam industri perbankan adalah mustahak untuk membolehkan seseorang itu berkhidmat di bank pusat dengan baik.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home