Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, September 01, 2010

Kementerian Pelajaran mestilah membantu 9,788 sekolah bukan SBT untuk meningkat prestasinya

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak Kerajaan Pusat supaya meningkatkan garapan untuk memperbaiki prestasi 9,788 buah sekolah di seluruh negara.

Dr Tan melihat Kerajaan memperuntukkan RM1 juta setahun sebagai insentif kepada 20 buah sekolah berprestasi tinggi (SBT).

Pada awal tahun ini Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 20 buah SBT, iaitu 16 sekolah menengah dan 6 sekolah rendah. Dari 16 buah sekolah menengah itu, 10nya sekolah berasrama. Selain insentif RM1 juta setahun, pengetua atau guru besar sekolah SBT boleh memilih sendiri 20% pelajar yang diambil setahun dan menikmati pelaksanaan program latihan dan pembangunan profesionalisme guru dan pemimpin.

Kononnya, pemilihan SBT adalah melalui proses dua saringan. Saringan pertama adalah termasuk Gred Purata Sekolah (GPS) untuk UPSR bagi sekolah rendah dan gabungan PMR, SPM dan STPM untuk sekolah menengah.Saringan kedua berdasarkan kriteria annex seperti personaliti unggul sekolah dan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.

Kami tidak tahu setakat mana SBT telah ditafsirkan secara adil. Apakah kesannya?

Sementara itu, kebimbangan menimbul kerana negara ini mempunyai 7,643 sekolah rendah dan 2,165 sekolah menengah. Yang bukan SBT ialah 9,808 buah sekolah. Dari jumlah ini, 2010 buah sekolah adalah dalam keadaan daif dari segi bangunan dan kemudahannya. Kementerian mengatakan terdapat projek-projek di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 untuk sekolah-sekolah daif.

Saya pernah menanya Tan Sri Muhyiddin di dalam Dewan Rakyat apakah akan terjadi dengan sekolah bukan SBT, khasnya sekolah yang daif. Jawapannya adalah secara umum: tidak akan mengabaikan mereka.

Kami hendak melihat usaha yang konkrit untuk meningkatkan prestasi sekolah-sekolah bukan SBT, terutamanya sekolah-sekolah daif. Ini adalah termasuk kualiti guru. Timbalan Perdana Menteri mengakui bahawa ada setengah-setengah guru yang perlu berkursus. Apakah kursus-klursus ini benar-benar efektif?

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home