Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, August 23, 2010

Penguatkuasaan berkesan ke atas bas ekspres

24.8.2010: Penguatkuasaan yang berkesan ke atas bas-bas ekspres dan pelancong

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menekankan bahawa Kerajaan Pusat mestilah mempertingkatkan kawalan dan penguatkuasaan terhadap bas-bas ekspres dan pelancong yang menyeleweng untuk mengurangkan kemalangan dan kematian.

Dr Tan masih melihat bas-bas ekspres yang sangat laju di lebuh raya. Kementerian Pengangkutan haruslah memperketatkan penguatkuasaan langkah-langkah keselamatannya..

Akta Keselamatan Kerja dan Kesihatan 1994 dan Jabatan dengan nama yang sama mewujudkan langkah-langkah keselamatan. Jabatan ini telah mengkaji sebab-musabab pemandu-pemandu bas ekspres terlibat dengan kemalangan termasuk memandu dengan masa yang panjang.

Bas-bas pelancong dan ekspres memainkan peranan yang tertentu. Kemudahan pengangkutan yang diberi kepada penumpang dan pelancong adalah diakui. Tetapi, ada sesetengah pemandu bas yang tidak menjaga keselamatan penumpang dan jalan dengan baik. Di jalan-jalan terutamanya jalan raya, kita boleh lihat bas ekspres yang terlalu laju. Kenderaan kecil terpaksa mengelakkan kenderaan yang besar ini.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, dari tahun 2005 hingga 2009, jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan bas ekspres adalah sebanyak 12,801 dan mencatatkan 128 kematian. Kita akan menyusulkan kepada angka-angka untuk tahun ini dan jenis-jenis kenderaan yang terlibat.

Selain Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Keselamatan Kerja dan Kesihatan, Kementerian Pelancongan haruslah mengambil perhatian yang lebih tentang keadaan bas-bas dan prestasinya termasuk di jalan-jalan raya. Pegawai-pegawai yang bertugas perlu menunjukkan integriti.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home