Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, August 08, 2010

Praktiskan nilai murni di Malaysia sehingga berjaya

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw memberi peringatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berikhtiar menjayakan nilai-nilai murni di Malaysia. Selepas itu, Komuniti Asean menjelang 2015 akan menghormati Malaysia dengan baik.

Pada 8.8.2010, Dr Tan membaca kenyataan Najib terhadap penerapan nilai murni 1 Malaysia di kalangan rakyat negara ini boleh dihayati mesyarakat Asean untuk Komunitinya.

Tun Mahathir menyebutkan Bangsa Malaysia, Tun Abdullah mewujudkan Islam Hadhari dan Datuk Seri Najib menghayati 1 Malaysia dengan nilai murni. Bagi kita nilai-nilai yang dibangkitkan adalah cocok dengan konsep Malaysian Malaysia.

Setakat ini, Perdana Menteri mestilah bertungkus-lumus untuk menjayakan 1 Malaysia dan mengelakkan daripada menimbulnya kontradiksi seperti kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam di Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung, keadaannya berlainan. Najib masih tidak dapat menerangkan sama ada sifat perkauman adakah dianggap sebagai 1 Malaysia. Bila timbalannya sentuh mengenai keutamaan di antara orang Melayu dengan orang Malaysia, Najib nampaknya setuju.

Pelbagai masyarakat Asean sedang memerhatikan pelaksanaan konsep 1 Malaysia dan cara-cara Najib mengatasi pelampau-pelampau kaum dan agama serta hubungan yang sebenarnya di antara kaum di negara ini.

Apakah konsep 1 Malaysia dilaksanakan di semua bidang termasuk ekonomi, pendidikan, kesihatan, kewujudan bandaraya,pencegahan rasuah dan alam sekitar? Apakah pemantauannya?

Komuniti Asean atau Komuniti Ekonomi Asean menjelang 2015 akan memberi erti yang baru dan moden kepada Asean. Malaysia perlu memainkan peranan yang penting. Perdana Menteri mempunyai tugas yang lebih berat termasuk mempraktiskan nilai-nilai murni.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home