Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, August 04, 2010

Diharapkan semua pegawai kerajaan tempatan tidak mudah disogok

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya semua kerajaan tempatan mengadakan kempen memerangi rasuah untuk selama-lamanya.

Beliau juga berharap dengan kempen tersebut semua penjawat awam tidak mudah disogokkan. Tetapi, rasuah adalah sangat rumit.

Dr Tan mengulas darihal kempen bertema 'Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah' yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Kempen ini adalah dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan diperhatikan oleh Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Zakaria Jaafar dan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusof.

Menteri tersebut berkata, "Berasaskan analisis ke atas profil pemberi rasuah sepangjang 10 tahun lalu, hampir 90% pemberi rasuah adalah mereka yang pernah berdepan tindakan penguatkuasaan kerana kesalahan penyeludupan barang terlarang, melindungi dan menggaji pendatang tanpa izin dan sebagainya."

Seperti kerajaan tempatan yang lain, DBKL menghadapi pelbagai pandangan daripada rakyat. Misalnya, ramai memohon mendapat unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) termasuk di Pekan Kepong. Yang berjaya hanya sebahagian sahaja. Yang gagal mempunyai banyak aduan semacam pegawai-pegawai telah disogokkan.

Di padang besar Jinjang Utara, terdapat sebuah gelanggang bola keranjang yang telah rosak, yang masih digunakan oleh para belia. Tiga puluh ela darinya ada gerai-gerai makanan. Sesetengah gerai meletakkan meja dan kerusi di belakangnya sampai ke gelanggang waktu petang. Bila bola terbang ke meja, pihak penjaja tersinggung. Dalam beberapa tahun ini, mengapa DBKL tidak mengambil tindakan yang berkesan? Ada yang berpendapat bahawa ini sebabkan pegawai makan suap.

Bila wujudnya tempat-tempat di mana berlakunya kegiatan yang tidak diingini, contohnya rumah urut yang tidak sah, orang ramai mengesyaki pemerdagangan orang. Imigresen, polis dan DBKL dicurigai terlibat. SPRM dirayu supaya menyiasat dan mendapat bukti dan saksi.

Sebelum kita menyebutkan seseorang itu terlibat dengan rasuah, kita mestilah mempunyai bukti yang tidak boleh diragukan lagi dengan munasabah.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home