Langkah berkesan mengurang kebergantungan kepada tenaga kerja asing
Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan inisiatif pengurangan kebergantungan kepada tenaga asing dengan teperinci termasuk langkah-langkah yang berkesan.
Walaupun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengatakan ada 1.8 pekerja asing dengan izin di Malaysia, kita tidak mengetahui bilangan pendatang tanpa izin (PATI). Satu anggaran ialah tiga hingga empat juta PATI dalam negara.
Pada 7.9.2010, Dr Tan membaca laporan media mengenai lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang diumumkan oleh Najib semalam sebagai pelengkap Model Baru Ekonomi (MBE). Kependekan perkataan seperti SRI, MBE, KPI, NKEA (Aktiviti Utama Ekonomi Nasional), NKRA dan sebagainya mestilah diikuti dengan isi kandungan yang lengkap termasuk langkah-langkah yang efektif.
Satu daripada lapan SRI ialah membangunkan tenaga berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga asing. Saya sering membangkitkan hal ini dan jawapan daripada Hishammuddin pada Jun 2010 adalah seperti dilaporkan.
Sejak manusia wujud di bumi, penghijrahan berlaku. Di bumi manusia ini, orang-orang berhijrah dari kawasan ke kawasan serta negara ke negara. Biasanya, pendatang dengan atau tanpa izin pergi ke negara yang lebih maju atau keadaan ekonomi lebih baik atau lebih selamat. Dalam lebih 30 tahun ini, Malaysia mengalami masalah pendatang ini.
Kerana pelbagai faktor termasuk para pekerja tempatan enggan bekerja di bidang yang tertentu termasuk perladangan dan pembinaan, pekerja asing mengambil alih. Bagi setiap pendatang dengan izin berapakah PATI?
Sambil menunggu is kandungan terperinci inisiatif tersebut, kami hendak mengetahui langkah-langkah yang benar-benar berkesan terhadap PATI. Ini meliputi tindakan Kerajaan Pusat darihal agensi-agensi yang bersubahat dengan sindiket yang membawa PATI. Pantai negara adalah sangat panjang dan sindiketpun banyak, bagaimana pihaknya membanteraskannya?
Dr Tan Seng Giaw
0 Comments:
Post a Comment
<< Home