Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, August 17, 2010

DBKL mestilah tingkatkan efisiensi pentadbiran dan pembangunan

Timbalan Pengerusi Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menitikberatkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu meningkatkan kecekapan di dalam pentadbiran dan pembangunan untuk mencapai taraf dunia pada 2020. Salah satu tujuannya ialah memperbaiki ranking KL di kalangan bandaraya dunia.

Dalam satu penafsiran, ranking KL adalah ke-48. Jika semua pihak boleh berikhtiar, ranking ini boleh naik ke kalangan 20 bandaraya yang terkemuka.

Pada 18.8.2010, Dr Tan melihat Majalah Dasar Luar Amerika yang menafsirkan 65 buah bandaraya dunia dengan New York merupakan yang pertama, London kedua, Tokyo ketiga dan KL ke-48

Wawasan Malaysia adalah membolehkan negara ini menjadi sebuah negara maju sepenuhnya dari segi ekonomi, sosial, politik dan kerohanian pada tahun 2020. Wawasan untuk KL ialah mencapai sebuah bandaraya tropika bercahaya bertaraf dunia. Ini bermakna adanya taraf dunia di persekitaran kerja, hidup, niaga dan urus tadbir.

Misalnya, apakah peranan global KL bagi memanfaatkan semua penduduk, pekerja, pelawat dan pelaburnya. Penagihan unit-unit rumah dan gerai Bazaar Ramadan haruslah adil dan saksama.

Kita boleh berbanding dengan New York, London dan Tokyo dari segi persekitaran hidup, kerja dan niaga yang berkualiti tinggi. Kita masih ketinggalan. Yang ketaranya, DBKL menanamkan pokok-pokok hijau di KL. Usaha ini patut ditambahkan.

Wargakota, pekerja, pelawat dan pelaburnya berharap infrastruktur, persekitaran, pengurusan bandar dan kemudahan kebudayaan, sosial dan kemasyarakatan yang lebih baik. Bangunan besar seperti Puduraya tidak seharusnya wujud di persimpangan lalulintas yang tersibuk.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home