Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, May 31, 2009

Selain menghadkan subjek peperiksaan, keadilan & kesaksaan mestilah diperlihatkan

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menekankan bahawa langkah yang terpenting sekali ialah keadilandan kesaksamaan di dalam peperiksaan dan pemberian biasiswa.

Faktor-faktor yang lain adalah termasuk pengajaran yang baik dankualiti para guru yang tinggi.

Dr Tan memberi pandangan terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin mengenai langkah menghadkan subjek kepada 10untuk seorang calon peperiksaan.

"Itu turut memanfaatkan ibu bapa kerana ada yang terpaksa menghantaranak mengikuti kelas tuisyen berikutan waktu pembelajaran subjektambahan di sekolah tidak mencukupi," tegasnya pada sidang akhbarselepas meletakkan batu asas Kompleks Pendidikan Bandar Enstek.

Sistem persijilan terbuka sekarang tidak mengehadkan jumlah matapelajaran yang hendak diduduki calon SPM menyebabkan sesetengah pelajar mengambil sehingga 20 subjek. Tahun lalu, 48,000 pelajar ataukira-kira 10 peratus daripada 500,000 calon SPM mengambil lebih 10 subjek.

Muhyiddin berkata, selaras langkah mengehadkan subjek SPM, sistempenggredan peperiksaan itu juga akan diubah untuk memudahkan penilaiandalam penawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Memang wujudnya kelemahan-kelemahan di dalam sistem peperiksaan danpenggredannya. Usaha untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan ini adalahdialualukan. Tetapi, yang paling mustahaknya ialah semua langkah yangdiambil mestilah menunjukkan keadilan dan kesaksamaan sama ada untukbandar atau luar bandar.

Saya mempercayai bahawa kita selalu hendaklah merapatkan jurang di antara bandar dan luar bandar. Kita haruslah berikhtiar sentiasa melakukan adil kepada semua pihak dan diperlihatkan berbuat demikian.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home