Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, May 29, 2009

PAC akan bincang laporan PWH mengenai PKFZ

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengesahkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan diadakan pada 10 Jun, 2009 untuk membincangkan laporan PriceWaterHouse (PWH)terhadap Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) termasuk 20 perkara dan orang-orang yang disebutkan di dalam laporan itu. Rekod PAC akan dikemukakan di Dewan Rakyat.

Dr Tan mengulaskan tentang laporan PWH itu yang boleh dibaca di dalam Internet sejak 28.5.2009.

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Datu Lee Hwa Beng memberitahu media bahawa laporan PWH itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PAC.

PAC telah menyiasat PKFZ. Dua minggu yang lepas, perkara ini telah dibangkitkan semula. Kini, laporan PWH mempunyai lebih maklumat terhadap salah pengurusan dan lain-lain.

PKFZ adalah terletak di Pualu Indah dengan keluasannya hampir 1,000 ekar. Satu misterinya meliputi tanah di pulau ini: kononnya sebuah koperasi memilikinya, jualan kepada Kuala Dimensi, Lembaga Pelabuhan Klang, syor Peguam Negara untuk mengambilalih tanah dan sebagaianya.

Kita tertarik kepada empat langkah yang diambil oleh Tee Keat: tindakan undang-undang, rombakan kewangan lembaga secara profesional, peningkatan kawalan ke atas lembaga dan pengurusan PKFZ. Usha memperbaiki kawalan dan pengurusan adalah munasabah.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home