Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, May 01, 2009

A/H1N1 vaksin:Berhentikan kenyataan Kementerian Kesihatan yang mengelirukan.

2.5,2009.

Wabak selsema A/H1N1: Kementerian Kesihatan mestilah menjernihkan kekaburan mengenai vaksin selsema yang hampir menjadi wabak besar (pandemik). Ubat selsema seperti Tamiflu kurang berkesan. Orang yang tidak ada tanda-tanda selsema tidak seharusnya menerima vaksin dan memakan ubat jenis ini yang mungkin tidak baik untuk bandannya.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan termasuk Menterinya tentang Wabak Selesema A/H1N1. Misalnya, dua hari yang lalu Datuk Seri Liow Tiong Lai mengatakan hasratnya meminta RM13 juta untuk memberi vaksin selsema kepada pekerja-pekerja barisan depan seperti doktor dan jururawat dan khinzir. Beliau tidak sebutkan burung-burung seumpama ayam dan itik yang boleh membawa virus selsema juga.

Sebaliknya, pada 1 Mei, 2009, Pengarah Jabatan Veterinar Dr Ibrahim menjelaskan virus A/H1N1 adalah tidak kena-mengena dengan khinzir dan tidak perlu memberi vaksin dari virus lama yang tidak berkesan terhadap virus wabak baru ini. Suntikan kepada khinzir mungkin belanja RM 600 juta.

Semalam, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, wabak selsema sudah meningkat ke fasa 5. Fasa 6 merupakan wabak besar atau pandemik. Dengan kegerakan manusia kini, virus selsema boleh disebar dengan sangat cepat. Pembuatan vaksin A/H1N1 memerlukan masa tiga hingga enam bulan; ini berserah kepada sama ada wujud masalah teknikal.

Kenyataan tersebut memang mengelirukan. Kementerian Kesihatan patut sentiasa berhati-hati, agar penjelasan yang cukup terang dibuat untuk khlayak ramai. Kita mestilah mengurangkan ketakutan rakyat.

Malaysia mempunyai pengalaman untuk mencegah wabak virus. Contohnya ia pernah menghadapi virus Nippah dan selsema burung. Pelbagai langkah telah diambil meliputi cara menangani para penumpang di lapangan terbang, semacam KLIA.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home