Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, May 13, 2009

Aseanpol & sistem pencegahan jenayah berkesan dalam negara

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw berpendapat bahawa sambil menubuhkan sekretariat Aseanpol di Kuala Lumpur, kita mestilah mempunyai sistem pencegahan dan penyiasatan jenayah yang berkesan di Malaysia.

Dr Tan mengulas penubuhan Aseanpol di negara ini untuk menambahkan kerjasama 10 ahli Asean dalam bidang keselamatan. Ini adalah baik.

Pada 13.5.2009, Menteri Dalam Negara Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengatakan Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa sekretariat Aseanpol sesuai di tempatkan di negara ini. Ia adalah terlibat dengan isu Asean. Ia akan mirip ke Interpol.

Kita berharap Aseanpol adalah benar-benar profesional. Pada tempoh hari, polis menahan pemimpin Jemaah Islamiah Mas Selamat Kastari, yang lari dari penjara Singapura. Ini adalah hasil kerjasama Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Di samping Aseanpol, kita hendak menyaksikan sistem yang lebih baik untuk mencegah dan menyiasat jenayah dalam negara, termasuk pengambilan rekrut yang berkualiti untuk menambahkan bilangan anggota polis dari 90,000 kepada 150,000.

Penjenayahan seumpama ragut, samun, pembunuhan, rogol dan Mat Rempit menggusarkan rakyat. Hari ini, ada berita yang baik: lima perompak ditembak mati di Scudai; mereka memecah masuk rumah Syahrin, Setiausaha Tan Sri Muhyiddin.

Kejayaan polis sekali-sekala boleh meredakan sedikit perasaan awam. Tetapi, ramai berharap polis memperbaiki sistem kawalan jenayah. Kerjasama orang awam memang perlu. Kita berkehendakkan lebih rekrut bermutu tinggi dari semua kaum. Polis harus ada gaji dan kemudahan yang lebih elok.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home