Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, May 08, 2009

Perlantikan Speaker DUN Perak menjatuhkan imej lagi.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib memperbaiki imej Kerajaan. Dengan imej yang baik, kedudukan akan menjadi lebih elok untuk meningkatkan kapasi atau kebolehan menghadapi kemelut ekonomi, jenayah dan kemiskinan. Selsema A H1N1 menjadikan kemerosotan ekonomi dunia lebih teruk.

Dr Tan memperhatikan perlantikan Speaker atau Yang Dipertua yang kedua di Dewan Undangan Negeri Perak pada 7.5.2009, berikutan wujudnya dwi Menteri Besar dan dua kerajaan negeri. Cerita panjang Perak terus ditayangkan. Ini adalah bersejarah.

Semalam, Barisan Nasional melantikan Datuk R. Ganesan sebagai Speaker yang kedua, Speaker pertamaV. Sivakumar dihalaukan dari Dewan dan lebih 60 orang ditahan termasuk ahli parlimen dan ADUN. Ini membayangkan keadaan kucar-kacir. Cerita panjang ini dihikayatkan.

Kedaulatan undang-undang adalah terpenting sekali. Selepas diadakan dwi menteri besar, maka penduaan berterusan. Najib memimpin BN merampas kuasa di Perak, seperti bertemu buah si Malakamo. Imej Najib terjejas lagi. Ini adalah tidak baik untuk usaha bagi memperkukuhkan kebolehan kita menghadapi cabaran kemelut ekonomi, jenayah dan kemiskinan.

Satu langkah untuk memperelokkan imej ini ialah membubarkan Dewan dan mengadakan pilihanraya negeri baru. Semoga rakyat dapat memilih.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home