Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, September 25, 2008

Laporkan transformasi kurikulum kepada Dewan Rakyat

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin melaporkan transformasi kurikulum sekolah dan sistem penaksiran pendidikan kebangsaan kepada Parlimen. Adakah ini sesuai dengan keperluan semasa? Adakah ianya dapat dijayakan?

Pada 26.9.2008, Dr Tan mengulas tentang pengumuman Menteri Pelajaran semalam bahawa sekolah-sekolah rendah akan mempunyai transformasi kurikulum dan sistem penaksiran pendidikan kebangsaan baru pada 2010. Ini akan mengganti kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) dan ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) masing-masing. Yang terbabitnya ialah 7,643 sekolah rendah.

Sejak 1983, para pelajar dikenalkan 3 Rs, Read, wRite and aRithmatic (Membaca, Menulis dan Membilang). Sistem itu kurang menekankan nilai manusia. Walaupun markah peperiksaan digunakan sebagai salah satu ukuran, seorang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan tidak semestinya boleh mencapai kejayaan kelak. KBSR menimbulkan pertikaian termasuk anggapan bahawa sekolah-sekolah bukan kebangsaan dilayan dengan kurang adil.

Kita tidak tahu semua butir mengenai transformasi kurikulum dan sistem penaksiran baru. Rupanya, Hisham menekankan kerja sekolah, yakni, enam bahagian: komunikasi, sikap dan nilai kejiwaan, kemanusiaan, kebolehan sains dan teknologi, jasmani dan estetik dan pembangunan perseorangan. Ini adalah untuk memupuk bakat dan potensi.

Dengan perubahan politik, bolehkan Hisham menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap sistem baru ini? Wujudnya kekhuatiran.

Kementerian pelajaran minta Dewan Rakyat meluluskan peruntukan RM 31.4 bilion bagi 2009 termasuk 110 buah sekolah rendah baru. Saya berharap ini termasuk sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Wajarlah bagi Hisham untuk mengemukakan laporan mengenai transformasi kurikulum dan sistem penaksiran baru ke Dewan Rakyat. Beliau perlu memberi tahu ahli-ahlinya apakah sebenarnya perincian cadangan tersebut.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home