Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, October 21, 2007

Tindakan berkesan terhadap pencemaran seperti di Taman Wangsa Permai, Kepong.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menekankan bahawa Kerajaan mestilah mengambil tindakan dengan secepat mungkin untuk menyelesaikan pencemaran dan bunyi bising di Jalan Wangsa 1/3, Taman Wangsa Permai, Kepong.

Pencemaran seumpama ini berlaku di seluruh negara. Kita memerlukan tindakan yang berkesan terhadapnya.

Kawasan Perindustrian Tago adalah jiran Taman Wangsa Permai. Lereng kawasan itu yang sebelah taman tersebut merupakan kawasan hijau dengan pokok-pokok dan rumput. Para penduduk menggunakan kawasan hijau ini.

Lebih tiga tahun yang lepas, segelintir orang memusnahkan kawasan hijau itu dan menyewakan tapak-tapak konkrit kepada bengkel-bengkel. Bermulalah pencemaran dan bunyi bising sampai 8 petang hampir setiap hari. Selain daripada cat dan bunyi, bahan-bahan kitar semula seperti kertas dan kayu adalah mudah terbakar.

Para penduduk telah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pada September, 2006, saya telah memberi peringatan keapda Menteri YAB Datuk Seri Azmi Khalid mengenai isu ini. Ada penduduk yang berpindah ke tempat lain kerana pencemaran yang berterusan.

Pada 21.10.2007, Dr Tan melawat tempat yang berkenaan termasuk mangsa yang paling dekat dengan bengkel-bengkel di 67 Jalan Wangsa 1/3, taman tersebut.

MPS berlagak seolah-olah tidak nampak apa yang berlaku dengan lereng tersebut. Ia buat acuh tak acuh.

Dalam ucapan bajet 2008, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi komitmen terhadap keseimbangan pembangunan kebendaan dengan perlindungan alam sekitar. Besok saya akan menghantar surat mengenai isu tersebut kepada YB Datuk Seri Azmi Khalid.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home