Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, September 11, 2007

Konvensyen,sistem di Malaysia, Perlembagaan 1957, bukan Islamic State.

Konvensyen mengenai kedudukan Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan 1957.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulangi cadangannya untuk mengadakan konvensyen-konvensyen terhadap kedudukan Malaysia berdasarkan kepada semangat dan erti sebenar Perlembagaan Persekutuan 1957 yang tidak pernah mengandungi Malaya kemudian Malaysia sebagai Islamic state.

Di dalam negara yang berbilang bangsa ini, kita harus menangani isu-isu sensitif dengan berhati-hati. Kita perlu menegakkan semangat dan erti Perlembagaan 1957.

Dr Tan merupakan ahli yang pertama yang berbahas Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2008 di Dewan Rakyat pada 10.9.2007. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan bajet pada jam 4 petang 7.9.2007. Perbahasan bajet itu bermula di Dewan pada Isnin 10.9.2007 jam 11.30 pagi.

Menurut tradisi, Ketua Pembangkang memulai debat bajet. Kerana kesesakan lalulintas dekat Parlimen, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang tidak dapat hadir pada jam 11.30 pagi 19.9.2007 apabila Yang di-Pertua membuka perdebatan itu. Dr Tan bangun dan berucap secara spontan sehingga Kit Siang sampai ke Dewan. Ini adalah luar tradisi.

Dr Tan membangkitkan kedudukan Malaysia, peruntukan RM 43.8 bilion (24.8% jumlah bajet) bagi pendidikan, RM 12.5 bilion (7.1%) pengangkutan, RM 12.95 bilion (7.3%) kesihatan, ICT moden untuk Parlimen, jalur lebar, wayarles, sekolah bistari dan matapelajaran sejarah.

Menteri Kewangan menyebutkan tentang falsafah pembangunan untuk pertumbuhan sama rata bagi membolehkan orang-orang Malaysia mendapat manfaat dari perkembangan ekonomi yang pesat dan kewujudan kekayaan tanpa mengira kaum dan warna kulit.

Pada 1957, Suruhanjaya Reid menggubalkan Perlembagaan Merdeka dengan mempertimbangkan masyarakat yang berbilang bangsa. Islam menjadi agama rasmi di Malaya kemudian Malaysia. Tetapi, negara ini bukan Islamic State.

(Pada 2001, Perdana Menteri Tun Mahathir mengisytiharkan Malaysia sebagai Islamic State. Tanun ini, Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengulangi perisytiharan yang sama.)

Hari ini, Menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz menjawab soalan Ahli Parlimen Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad dengan jawapan yang serupa dengan jawapan untuk Ahli Ipoh Timur Kit Siang, iaitu Malaysia bukan sebuah negara sekular dan bukan juga teokratik seperti yang disaranan oleh Perdana Menteri. Ini adalah kenyataan yang samar-samar. YB Nazri menyatakan prinsip-prinsip Islam Hadhari dan kebebasan beragama.

Sesetengah orang minta diadakan konvensyen-konvensyen untuk membincangkan Perlembagaan 1957. Misalnya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tan Sri Muhyddin Mohd Yassin mahu konvensyen tertutup darihal isu tersebut.

Semacam perpaduan negara yang perlu sentiasa dipupuk, semangat dan makna Perlembagaan Persekutuan 1957 mestilah sentiasa disemaikan di dalam hati semua orang Malaysia.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home