Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, September 04, 2007

Umumkan laporan Jawatankuasa Siasatan kes bayi Lai Yok Shan

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengumumkan laporan Jawatankuasa Siasatan kes bayi Lai Yok Shan termasuk langkah-langkah yang akan diambil untuk Yok Shan dan tindakan terhadap doktor yang terbabit.

Dr Tan mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan di Parlimen pada 4 September, 2007.

Bayi Lai Yok Shan yang berumur lima minggu telah hilang tangan kiri di bawah siku pada 2 September, 2007, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Bahagian tangan yang terurai kerana gangrene akibat jangkitan kuman itu telah diberikan kepada ibu bapa Lai Kian Khee dan Nut Tuemthony untuk disimpan.

Bayi itu dilahirkan pada 23 Julai, 2007 dua bulan sebelum masa (premature)
di hospital tersebut mengidap infeksi darah dan diberi suntikan antibiotik kononnya Vancomycin. Tetapi, seorang doctor di dalam latihan (houseman) menghadapi kesusahan untuk mencari saluran darah di tangan kiri dan jarum dicucuk di tempat yang salah. Ini menyebabkan infeksi dan gangrene (tangan mati).

YB Menteri Kesihatan mengakui kesilapannya lalu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas pada awal Ogos, 2007 untuk menyiasat kejadian ini. Beliau menyatakan bahawa terdapat kelemahan-kelemahan di dalam prosedur rawatan. Peranan doktor pakar dan houseman yang terlibat haruslah dikaji.

Sampailah masa bagi YB Menteri mengumumkan lapoaran jawatankuasa tersebut untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku tentang kes ini.

Walaupun hospital-hospital mempunyai ISO 9001, ini tidak bermakna perkhidmatan atau sistem penyampaian boleh meningkat. YB Menteri perlu mengambil perhatian.

Sikap dan perangai pihak hospital termasuk jururawat mestilah bermesra rakyat.

Kajian semula haruslah diadakan terhadap kemudahan-kemudahan di hospital-hospital termasuk hospital tersebut. Adakah disebabkan kekurangan peruntukan dan kakitangan sehingga penyelenggaraan tidak elok. Saya diberitahu bahawa terdapat smut di wad kanak-kanak khas tersebut? Adakah ini benar?

Sambil merujukkan kes ini kepada Peguam Negara, Kementerian perlu menerangkan kepada ibu bapanya tentang langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak hospital seumpama pampasan, rawatan perubatan bagi Yok Shan untuk sepanjang hayat, kos tangan tiruan dan kemungkinan untuk penggantian tangan secara transplant.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home