Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, October 21, 2007

Tahniah kepada angkasawan negara sekembalinya ke bumi. Rancang pelan angkasa yang boleh dilaksanakan.

Dr Tan Seng Giaw mengesyorkan supaya Kerajaan menggubalkan satu pelan sains yang lebih sempurna termasuk teknologi angkasa, meliputi peruntukan kewangan untuk jangka pendek dan panjang.

Kita harus mengelakkan pembaziran wang dan kita tidak seharusnya mengulangi kelemahan negara-negara seperti projek angkasa lepas Arab Saudi.

Pada 21.10.2007, Dr Tan mengulas kenyataan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Abdullah yang mengatakan projek angkasa lepas menelan duit yang banyak dan ia perlu dirancangkan untuk jangka panjang.

Kerajaan membelanjakan sekurang-kurangnya RM 568 juta untuk menghantarkan Dr Sheikh Muszaphar kepada angkasa lepas . Beliau akan mengembalikan kepada bumi hari ini. Tahniah kepadanya. Sambil menyambut peristiwa ini, kita mestilah merancangkan pembangunan sains dan teknologi angkasa lepas yang boleh dilaksanakan.

Pada 1961, Yuri Gagarin dari Rusia menjadi angkasawan pertama di dunia. 46 tahun kemudian, Dr Sheikh Muszaphar merupakan angkasawan Malaysia yang pertama.Beliau pergi ke Baikonur, Kazakhstan, untuk menaiki roket dan kapal Rusia ke stesen angkasa lepas antarabangsa.

Sultan Salman Abdulaziz Al-Saud adalah anak raja Arab Saudi. Pada 1985, beliau muncul sebagai angkasawan orang Islam yang pertama melalui roket dan kapal Amerika Syarikat. Dalam 22 tahun ini, apakah kedudukan sains termasuk teknologi angkasa di Arab Saudi dan dunia Arab?

In 1985 he flew as a Payload Specialist on STS-51G (June 17-24, 1985). As one of a seven member international crew, which also included American and French astronauts, he represented the Arab Satellite Communications Organization (ARABSAT) in deploying their satellite, ARABSAT-1B.

Upon conclusion of his space flight, he helped in founding the Association of Space Explorers, an international organization comprising all astronauts and cosmonauts who have been in space, and served on its Board of Directors for several years.

In 1985 he was commissioned as an officer into the Royal Saudi Air Force. He holds the rank of Lieutenant Colonel, and is qualified in several military and civilian aircraft. For several years he headed the Advisory Committee for the Science Oasis Project to be built in Riyadh (Ditulis oleh John Lawton dan Patricia Moody, Amerika Syarikat.)

Pada 17 Jun, 1985, 230 orang Arab dari beberapa negara berkumpul di Cape Kennedy, Florida, Amerika Syarikat, untuk memberi sokongan kepada Sultan Salman yang menjalankan tiga eksperimen di kapal angkasa. Eksperimen ini adalah diwujudkan oleh para sanitis Arab. Sultan mengisytiharkan bahawa kejayaannya merupakan detik perubahan dunia Arab.

Kalau kita meninjau kedudukan sains termasuk teknologi angkasa Arab Saudi dan dunia Arab, kita melihat kelemahannya. Kita perlu mengelakkan kelemahan ini. Arab Saudi mempunyai setengah kemudahan sains yang terkini, kedudukan sainsnya masih boleh diperbaiki? Apakah telah terjadi dengan Projek Oasis Sains Arab Saudi?

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home