Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, October 21, 2007

Lanjut masa 33 klinik kesihatan. Apakah perlu dibuat mengenai doktor, jururawat, ahli farmasi dan kemudahan yang kurang?

Kerajaan hendak melanjutkan masa untuk klinik kesihatan. Apakah perlu dibuat bagi bilangan doktor, jururawat, ahli farmasi dan kemudahan-kemudahan yang kurang seperti X-ray dan makmal?

Dr Tan Seng Giaw berpendapat bahawa jika perlanjutan masa perkhidmatan klinik kesihatan boleh diikuti dengan peningkatan tahap perkhidmatan, ia merupakan satu langkah penyampaian. Tetapi, usaha mestilah diadakan untuk menambah bilangan dokor, jururawat, ahli farmasi, ahli patologi dan kemudahan-kemudahan perubatan. Kualiti di semua aspek adalah penting.

Minggu lalu, Menteri Kesihatan Datuk Chua Soi Lek mengumumkan bahawa mulai awal tahun depan, masa rawatan cemas di 33 klinik kesihatan akan dipanjangkan sehingga 12 tengah malam. Kita akan menyusulkan kepada hal ini untuk mendapat tahu butirannya.

Menurut rekod 2004, kita mempunyai 2866 buah klinik awam, yang terdiri daripada 859 klinik kesihatan, 93 klinik ibu dan anak, 1914 klinik desa dan 165 klinik bergerak. Bagaimana Datuk Chua memilih 33 klinik kesihatan?

Sekarang, keadaan doktor, jururawat, ahli farmasi, ahli patologi dan kemudahan perubatan haruslah diperbaiki. Kalau tidak, perkhidmatan adalah kurang sempurna, apatah lagi perlanjutan masa klinik dari 5 petang hingga 12 tengah malam?

Menurut Kementerian Kesihatan, kini terdapat 21,937 doktor dalam negara dengan nisbah 1: 1,214 penduduk. Hanya ada 2,563 doktor pakar dengan kekosongan 775 jawatan. Dari 13,093 jawatan pakar klinikal, cuma 8,504 diisi, tinggal 4,589. Ini pun angka yang minima, tidak menyentuh nisbah yang lebih sempurna.

Pada 2006, Malaysia mempunyai 47,642 jururawat, 34,598 daripadanya berkhidmat dengan kerajaan. Mereka adalah terdiri dari 77% Melayu, 4% Cina, 2% India dan 17% Bumiputera Sabah dan Sarawak. Orang ramai tidak puas hati dengan sesetengah jururawat. Mutu perkhidmatan jururawat perlu dipertingkatkan.

Pada 2004, ada 81 ahli farmasi. Ini hanya mengisi 51% jawatan sahaja. Kita tidak menyentuh perkara lain semacam patologi (ujian darah), X-ray dan sebagainya.

Minggu depan, kita akan membangkitkan isu-isu ini di dalam Dewan Rakyat. Kita berharap Kerajaan dapat menyelesaikannya dalam jangka masa pendek dan panjang.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home