Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, October 27, 2007

Jabatan penyenggaraan untuk sekolah di Jabatan Kerja Awam (JKR)

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mencadangkan supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) menubuhkan sebuah unit khas untuk menyelenggarakan sekolah, tanpa mengira jenisnya sama ada bantuan modal atau buantan penuh.

Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishamuddin dan Menteri Kerja Raya Dato' Seri S. Samy Vellu mestilah mengesahkan sama ada benar bahawa terdapat segelintir orang yang merancangkan untuk berhentikan kerja penyelenggaraan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan India.

Pada jam 4 petang 22 Oktober, 2007, dua murid tahun satu tercedera kerana kipas siling yang terjatuh ke atasnya senmasa dalam bilik darjah. Kedua-duanya berumur tujuh tahun. Murid lelaki Li Jia Qin tercedera di kepala dan dirawat di Hospital Selayang sedangkan murid perempuan Que Yu Tong tercedera di bibir dan dimasukkan ke Hospital Assunta. Mereka telah keluar dari hospital. Ini adalah perkara yang menarik perhatian awam.

Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Hon Choon Kim telah mengirim surat kepada setiap sekolah agar pemeriksaan terhadap kelengkapan perlu diketatkan. Selain dari pihak sekolah mengadakan pemeriksaan ke atas kemudahannya, kita berasa bahawa JKR mestilah kaji prosedur dan keberkesanan penyelenggaraannya untuk sekolah-sekolah. Ada yang mengatakan bahawa JKR tidak berminat meneruskan kerja di sekolah. Hisham dan Samy patut mengkaji peranan JKR, lalu menubuhkan satu unit khas bagi kerja menyenggara kira-kira 10,000 buah sekolah. Jika sebuah sekolah mempunyai 500 kipas, maka 10,000 buah sekolah 5 juta kipas.

教育局拟定校园的安全、卫生、清洁计划。该局必须确保此计划在所有学校实行。不久前,吉打州一间华小的一位教师,由于地板坏,而跌死。接着,教育局拨款维修吉州的一些学校。其实,各方都有责任,确保学校的安全,有效维修工作是主要的步骤。教局必须加强对维修工作的关心重视。Jabatan Pelajaran mewujudkan pelan keselamatan, kesihatan dan keberwsihan untuk sekolah. Ia seharusnya memastikan pelan ini dilaksanakan.

甲洞区国会议员陈胜尧

0 Comments:

Post a Comment

<< Home