Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, March 02, 2007

Pinda Akta Pendidikan, mansuhkan dasar satu bahasa, 2.3.2007.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mencadangkan supaya Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin membentangkan satu Rang Undang-Undang untuk meminda Akta Pendidikan bagi menjelaskan Penyelesaian Muktamad, yakni dasar satu bahasa, sudah tidak sesuai dipakaikan lagi di dalam keadaan mutakhir negara ini.

Dr Tan membuat cadangan ini ketika merujukkan kepada kenyataan Hisham bahawa masyarakat Cina tidak payah bimbang terhadap (Penyelesaian Muktamad) 'Penyata Razak' 1956.

Semalam, Menteri Pelajaran mengatakan di dalam temuramah dengan Sin Chew Jit Poh bahawa adalah mustahil bagi Kerajaan untuk menguatkuasakan (Penyelesaian Muktamad) Penyata Razak terhadap 'satu aliran sekolah' dan 'Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama, kerana konsep ini telah tidak sesuai dengan keadaan mutakhir negara ini.'

"Pembinaan sekolah Cina baru bukan lagi perkara sensitif, masyarakat Cina tidak payah syak dan bimbang serta masa akan membuktikan keikhlasan saya," ujar beliau.

Orang ramai berhati-hati sama ada Hisham akan bikin serupa cakap. Penolakan Penyelesaian Muktamad ini merupakan satu permulaan.

Pada 16 Mei, 1956, Penyata Razak diumumkan untuk menyelaraskan sukatan pelajaran semua aliran sekolah di negara ini dan Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan. Penyelesaian Muktamad itu mengakibatkan konsekwensi yang besar. Perkara 21(2) Akta Pelajaran 1961 memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran menukarkan sekolah jenis kebangsaan kepada sekolah kebangsaan bila-bila masa yang dianggap sesuai.

Akta Pendidikan 1996 menekankan matlamat mewujudkan pendidikan bertaraf dunia, tetapi tidak menjelaskan pemansuhan Penyelesaian Muktamad. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006--2010) bertindan-tindih dengan Pembangunan Pendidikan Tan Sri Musa(2001--2010). Ini membingungkan. Ia juga tidak mengatakan Penyelesaian Muktamad itu tidak sesuai digunapakai.

Mulai tahun 1970, Penyelesaian Muktamad menyebabkan penghapusan bahasa Inggeris di sekolah tahun demi tahun. Pada awal 80han, standard bahasa Inggeris terjatuh dengan teruk.

Sebaliknya, mutu Bahasa Kebangsaan adalah tidak seperti yang diharapkan. Kebolehan semua 62,000 guru Bahasa mestilah dipertingkatkan. Kita hendak menyaksikan standard Bahasa Kebangsaan yang tinggi.

Kini, media sedang memaparkan berita-berita yang baik, untuk mengadakan suasana yang meriah. Saya berharap kenyataan Menteri Pelajaran tersebut bukan hanya cocok dengan kemeriahan ini sahaja, bahkan juga untuk dasar bahasa yang liberal.

Jika Hisham tidak mengemukakan Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) untuk memansuhkan Penyelesaian Muktamad tersebut, maka Kerajaan masih boleh mengambil tindakan yang tegas tentang rakyat yang mempercayai kepada dasar berbilang bahasa dan sekolah berbilang aliran.

Misalnya, pada tahun 1987, Kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negara untuk menahan 107 orang di dalam Operasi Lalang, termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Lau Dak Kee, Mendaing P. Patto dan saya.

Kementerian Dalam Negara membuat-buat lapan tuduhan untuk menahan saya; dua daripadanya adalah berkaitan dengan Penyelesaian Muktamad. Satu tuduhannya ialah pada 6 Mac, 1983, di sebuah tokong, Jalan Enam, Kampung Baru Valdor, Sungai Bakap, Pulau Pinang, saya telah mendakwa Kerajaan menguatkuasakan dasar satu bahasa dan satu budaya yang akan menyebabkan islamisasi.

Tuduhan ini adalah tidak berasas. Titah ucapan diraja di parlimen 1982 mengandungi dasar satu bahasa dan satu budaya.

Satu lagi tuduhan ialah pada 11 November, 1987, saya telah menyertai perhimpunan di Tokong Then Hou, Kuala Lumpur, dan menggunakan isu kenaikan pangkat pengetua dan timbalannya yang tidak menguasai bahasa Mandarin kepada sekolah jenis kebangsaan Cina, untuk menghasut masyarakat Cina.

Ini adalah tuduhan liar. Saya hadir di perhimpunan itu. Tetapi, saya tidak berucap, apatah lagi menghasut orang.

Dr Tan Seng Giaw

2 Comments:

At 1:30 PM, Blogger alin said...

Tan Seng Giaw ...lu nak mampus jangan cuba ganggu tentang Agama Islam...awat lu sudah potong lu punya kote...lancau lu...orang Dap memang lancau..komunis...babi

 
At 9:07 AM, Blogger kembara kelana said...

YB Tan
Maafkan saya, dan maafkan juga komen orang yang bernama alin itu. thats not a behavior of muslim..Saya berpendapat..kita semua tak kira bangsa dan agama telah hidup dgn begitu harmoni dulu..masa saya kecil best friend saya adalah chinese dan indian. seorang nama Wong Kam Chun seorang lagi Ragunath Kasavan..rasanya naib presiden majlis peguam sekarang.. masa i form six pula..jason tan dan shamugam.. masa di kolej saya best friend dgn lau bee ngo dan magartha many.. bila saya di Universiti teah hak boon n his wife teo dan anjalay dewi... so kehidupan saya sangat harmoni dgn adanya kawan kawan dari pelbagai bangsa dan budaya..

bila saya dewasa..saya dapati isu perkauman dan prajudis antara bangsa dan agama ini masih tidak selesai.. u khow, tahun 60an dan 70an serta awal 80an adalah lebih baik lagi dari sekarang..

sepatutnya kita sudah semakin harmoni dan rapat.. what happens sebenarnya? agenda perpaduan adalah satu retorik dan keadaan kerengganggan ini adalah nafas kepada pemimpin parti untuk terus survive agaknya..

oh i dont khow.. hopely kita semua hidup aman dan damai

salam muhibbah

 

Post a Comment

<< Home