Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, September 30, 2010

Kerajaan Pusat mestilah umum hasil setiap tahun dari industri judi

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya UMNO menyoal Kerajaan Pusat jumlah kutipan cukai dari industri perjudian termasuk Kelab Lumba Kuda, hasil judi setaip negeri khasnya dari Genting Highlands kepada Pahang. Jelaskan bagaimana wang berpuluh bilion ringgit ini digunakan.

Pada 1.10.2010, Dr Tan menjawab soalan para pemberita mengenai tuduhan UMNO bahawa Program Penghargaan Warga Emas dan Program Rakan Anti-Miskin (RAM), Pulau Pinang, menggunakan sumbangan RM2 juta dari Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang. Orang-orang Islam adalah tidak senang dengan wang judi.

Industri judi ternampak di seluruh dunia, sama ada haram atau tidak, seperti Genting Highlands dan Empat Ekor. Singapura juga mempunyai industri yang serupa.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai baki budget 2008 dan 2009 RM88.20 juta dan RM77.3 juta masing-masing dan peruntukan RM20 juta adalah daripada Budget 2010 untuk Program Penghargaan Warga Emas. Tuduhan UMNO adalah tidak berasas.

Bagaimanapun, Kerajaan Pusat mengutip pelbagai hasil dari industri perjudian. UMNO patut menyoalkannya jumlah hasil yang didapati setiap tahun dari industri perjudian khasnya negeri Pahang. Apakah pengurusan berpuluh bilion ringgit wang judi ini setiap tahun?

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home