Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, September 21, 2010

Suasana yang baik untuk pelaburan RM1.4 trilion di Malaysia?

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kerajaan Pusat menunjukkan betapa seriusnya terhadap galakan suasana yang sesuai untuk agenda bagi menarik pelaburan-pelaburan berjumlah RM1.4 trilion dan kewujudan 3.3 juta peluang pekerjaan.

Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mestilah meyakinkan kita bahawa beliau bersedia mengambil tindakan yang tegas untuk mencapai kejayaan di dalam agenda tersebut.

Pada 22.9.2010, Dr Tan mengulas tentang kenyataan menteri YB Datuk Idris Jala mengenai agenda itu yang diumumkan pada hari sebelumnya.

Berapa bulan ini, YAB Najib berulang hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang berpendapatan tinggi dengan pelbagai program transformasi. Pada 21.9.2010, YB Datuk Idris mengemukakan agenda Program Transformasi Ekonomi (PTE atau ETP) yang mengenalpastikan 12 sektor utama termasuk minyak, gas dan tenaga serta pembangunan Kuala Lumpur.

Kononnya, Kerajaan berusaha untuk meningkatkan pendapatan negara kasar daripada US186 bilion pada 2009 kepada US$523 bilion pada 2020. Rakyat Malaysia meunggu hasilnya.

YB Idris berkata:"Jika kita terus dengan model ekonomi sekarang, kita berisiko tertangkap di dalam perangkap pendapatan sederhana dan kita akan hilang bakat-bakat yang diperlukan untuk mendorong ekonomi berpendapatan tinggi."

Terdapat banyak faktor seperti birokrasi, rasuah dan hal tidak efisien yang menjejaskan negara. Kerajaan haruslah mempunyai keazaman untuk mengatasinya.

Kerajaan patut memimpin negara untuk merekakan suasana yang sesuai di dalam semua bidang termasuk syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) seumpama Petronas dan Sime Darby. Mereka memainkan peranan yang penting di dalam ekonomi.

Kita terus memberi perhatian kepada langkah-langkah Kerajaan untuk menangani tindakan afirmatif. Para pelabur sedang menyaksikan sama ada langkah-langkah Kerajaan terhadap penghapusan penyalahgunaannya dengan berkesan. Adakah Kerjaan rela mengamalkan dasar merit dan keperluan?

Rancangan-rancangan lama seperti Rancangan Malaysia yang lepas tidak mencapai matlamat-matlamat dengan sepenuhnya. Adakah agenda ETP tersebut akan mengalami nasib yang sama?

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home