Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, September 20, 2010

Polis perlu menunjukkan keghairahan yang serupa di dalam semua kes

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw memperingatkan polis supaya menunjukkan keghairahan yang serupa, penuh teliti dan efisiensi di dalam semua kes jenayah tanpa mengira status mangsa.

Polis mestilah mengikiskan tanggapan bahawa bila mangsanya orang kaya atau ternama, polis cepat bertindak. Sebaliknya, jika mangsanya miskin atau tidak ternama, maka polis mengambil masa. Pihak polis memang menyangkalkan anggapan ini. Ia haruslah menonjolkan tanpa ragu bahawa ia menjalankan tugas tanpa mengira status mangsa.

Dr Tan mengulas persepsi sesetengah orang bahawa polis bertindak dengan cepat terhadap pembunuhan kejam jutawan kosmetik Susilawati dan tiga orang rakannya. Dr Tan membuat komen bila menghadiri upacara penubuhan Cawangan Kajang Baru DAP semalam.

Terdapat penjenayahan di masyarakat manusia. Sesetengahnya adalah sangat kejam seperti pembelasahan dan pembakaran Susilawatyi dan tiga rakannya serta pembuangan debu tulangnya.Polis mengambil tindakan cepat dan 8 suspek telah ditahan termasuk peguam dua beradik. Kita hendak mengetahui hakikatnya di mahkamah. Sifat tamak loba dan kekejaman sesetengah manusia adalah ketara.

Polis patutlah menunujukkan ianya memberi perhatian dan penelitian yang sama dalam kes-kes jenayah yang lain. Ketua Polis Negara baru Tan Sri Ismail mestilah mempamerkan sikap tidak berat sebelah. Kita tunggu dan lihat.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home