Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, March 21, 2008

Kaji pelaksanaan semua 125 syor Suruhanjaya Diraja Polis

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kerajaan mengkaji semula dengan secepat mungkin pelaksanaan 125 syor Suruhajaya Diraja untuk perjalanan dan pengurusan Polis Diraja Malaysia, termasuk Suruhanjaya Bebas Polis darihal Aduan dan Salah Laku (IPCMC).

Setakat ini, polis telah menunaikan banyak syor Suruhanjaya Diraja, umpamanya skim perkhidmatan, kenaikan pangkat, gaji dan ganjaran.

Pada 22.3.2008, Dr Tan mengulaskan kenyataan semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menganai penukaran moto dan lencana polis pada 25.3.2008, Hari Polis Ke-201.

Moto polis akan diubah dari Mesra, Cepat, Tepat kepada Tegas, Adil, Berhemah. Ini mungkin akan membawa perubahan besar. Cadangan Suruhanjaya ialah Mesra, Cekap dan Beramanah. Ini adalah jelas bahawa pihak polis tidak menerimanya.

Sejak 2005, lencana yang dipakainya ialah 'Anti Rasuah', yang akan dipinda kepada 'Integriti Amalan Kita'. Sebenarnya, ada polis yang bersih dan cekap, tetapi segelintirnya menyeleweng. Kita menggalakkan para anggota polis yang bersih dan cekap.

Pada 30.8.2006, Kementerian Keselamatan Dalam Negara yang kini dikembalikan kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negara menjawab soalan di dalam Parlimen bahawa polis sudah melaksanakan 101 syor Suruhanyaja, iaitu 81% dan 18 lagi yakni 14% adalah di dalam pertimbangan; 6 syor tidak akan dipakai. Pada 29.3.2007, polis mengatakan bahawa 102 atau 82% cadangan sudah ditunaikan walhal 23 atau 18% masih dalam pertimbangan.

Menurut Suruhanjaya, jadual waktu untuk melaksanakan 125 cadangan ialah dari Ogos 2005 hingga Mei 2008. Apakah tindakan terhadap baki 82% yang masih belum dipakai termasuk IPCMC?

Pihak polis tidak setuju dengan IPCMC. Salah satu sebabnya ialah suruhanjaya bebas ini hanya menumpukan kepada polis, bukan lain jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kastam. Negara-negara semacam Australia dan United Kingdom mempunyai Ombudsman untuk pelbagai jabatan. Tetapi, ini adalah tidak berkesan. Kemudian, mereka menubuhkan suruhanjaya bebas bagi aduan dan salah laku polis.

Dr Tan Seng Giaw

2 Comments:

At 11:46 AM, Anonymous Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Home Theater, I hope you enjoy. The address is http://home-theater-brasil.blogspot.com. A hug.

 
At 3:17 PM, Blogger IPOH MALAY said...

saya tidak ragu-ragu untuk menyokong DAP sekiranya Dr. Tan mengepalai parti tersebut.

Dr. Tan amat saya sanjungi..

teruskan kebijaksanaan dr. tan dan dr. tan sentiasa disokong dari arah yang dr. tan sendiri tidak tahu.

 

Post a Comment

<< Home