Kawalan harga & indeks harga pengguna yang seimbang
Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mencadangkan supaya Kerajaan menyeimbangkan indeks harga pengguna(IHP) agar ia mencerminkan keadaan inflasi yang sebetulnya di negara ini.
Dr Tan menyoal Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna YB Hoo Seong Chang mengenai IHP ketika soal jawab di dalam Dewan Rakyat pada 12 Julai, 2006.
IHP mencatatkan kadar inflasi di dalam negara. Rakyat adalah peka kepada hal ini kerana kenaikan harga barang-barang, terutamanya dengan harga minyak dunia yang mencecah lebih AS$70 setong. Kementerian tersebut mewujudkan 43 pusat di seluruh negara untuk memantau harga 460 jenis barang. Kononnya, di antara 28 Februari dan Jun tahun ini, ia sudah membuat pemeriksaan ke atas 324,821 kes.
IHP untuk bulan Mac, April dan Mei tahun ini adalah 4.6%, 4.6% dan 3.9% masing-masing. Adakah ini menggambarkan kedudukan yang sebetulnya? Bagi para pengguna, kenaikan harga biasa seperti petrol, mi dan lain-lain adalah lebih 10%.
Dengan pertambahan anggota penguatkuasaan kementerian dari 1429 hingga 2174 orang, kawalan ke atas harga barangan dapat dipertingkatkan. Pusat kawalan boleh ditokokkan dari 43 hinngga 50 untuk menyeimbangkan IHP di bandar dengan desa, agar ianya membayangkan keadaan inflasi yang sebenar.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home