Adakah Menteri Pertanian komited untuk menjadi kementeriannya yang tercemerlang?
Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Dato' Haji Muhyidin Bin Haji Mohd. Yassin, menjelaskan komitmennya dalam pelaksanaan dasar-dasar pertanian seperti Dasar Pengeluaran Daging Lembu Negara dan langkah-langkah yang berkesan untuk mencegah wabak seumpama pencegahan wabak selsema burung (Highly Pathogenic Avian Influenza, HPAI).
Pada 15 November, 2005, Dr Tan mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet 2006) peringkat jawatankuasa mengenai peruntukan bagi kementerian tersebut sebanyak RM3.3 bilion. Adalah wajar bagi Menteri dan timbalannya Dato' Seri Haji Mohd. Shariff Bin Omar menunjukkan iltizamnya untuk menggerakkan kementeriannya kepada yang terbaik di dalam Kerajaan. Setiausaha Parlimen Datuk Hajah Rohani Binti Haji Abd. Karim menjawab soalan di Dewan ketika menterinya ada urusan di luar Parlimen.
Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan hasratnya untuk menyaksikan bidang pertanian moden dan maju. Ia mestilah memainkan peranan yang lebih penting.
Pencegahan selsema burung (HPAI)
Kerajaan bermegah dengan negara ini bebas daripada sebahagian besar penyakit haiwan yang tersenarai di bawah Notifiable Diseases yang disediakan oleh Organisation Internationale des Epizooties (OIE). Walaupun ada dasar dan program untuk mencegah penyakit-penyakit haiwan, keberkesanannya masih boleh dipertingkatkan. Kita bimbang dengan penyakit HPAI yang menyerang China,Vietnam dan Thailand.
Pada tahun 2004, nilai eksport ayam hidup ke Singapura adalah RM301.6 juta berbanding RM369 juta pada tahun 2003. HPAI telah muncul dalam bulan Ogos 2004 di Tumpat yang menyebabkan Singapura mengenakan larangan eksport ayam. Mujurnya, larangan itu telah ditarikbalik pada 30 September, 2004. Ini bermakna kita perlu langkah yang lebih ketat untuk mencegah HPAI yang telah menular ke Rusia, Rumania dan Turki.
Jika HPAI mutate atau menukar corak, jangkitan dari manusia ke manusia akan mencetuskan malapetaka dunia. Meskipun Kerajaan berusaha menghadapi HPAI, kita perlu memberi peringatan kepada Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bahawa beberapa tahun yang lepas, virus Nipah mula ditemui di Tambun, Ipoh. Kemudian, ia dibawa ke Nipah dan Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan. Setakat ini, pihak berkuasa tidak pernah menjelaskan dengan keyakinan bagaimana wabak itu boleh berlaku.
Dasar Pengeluaran Daging Lembu Negara
Menteri telah mengumumkan matlamat untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu kepada 40% tahap sara diri menjelang tahun 2015 berbanding dengan 18% sekarang. Di sini, menteri dan timbalannya haruslah menunjukkan komitmennya. Mereka hendak integrasi ternakan dalam perladangan kelapa sawit termasuk tanah terbiar Felda dan penternakan fidlot yang dijalankan secara sistematik. Apakah langkah yang berkesan untuk mencapai matlamat ini?
Kementerian haruslah memberitahu kita ekonomik untuk menjayakan dasar tersebut, termasuk pakar-pakar dan pambantu-pembantu teknik. Macam mana mereka akan turun ke padang untuk membantu para pengusaha? Adakah usahanya efektif?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home