Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, January 25, 2007

Allahyarham Profesor Datuk Dr Syed Hussein Alatas, seorang intelektual gergasi, 25.1.2007.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw berpendapat bahawa Dr Syed Hussein Alatas adalah seorang ahli intelektual yang cemerlang.

Belaiu adalah tekun dan ikhlas di dalam bidang akademik termasuk hasil kerja di dalam integriti dan permasalahan rasuah seperti bukunya Sosiologi Korupsi 1968.

Riwayatnya dipaparkan di dalam media. Hasil di dalam pelbagai isu semacam korupsi, kolonialisme dan teori sosial adalah prolifik.

Dalam tempoh lebih 30 tahun, saya acapkali mendengar ucapannya mengenai pelbagai isu.
Ucapan yang terakhir di dalam forum yang saya hadirnya ialah pada 2006 di Institut Integriti Malaysia (IIM), Kuala Lumpur. Adalah tepat bahawa beliau diberi penghormatan di IIM.

Pemergian Allahyarham pada 24 Januari, 2007, berusia 78 tahun, adalah kehilangan yang besar, terutamanya di dunia akademik. Beliau adalah seorang ilmuwan yang bekerja sepanjang hayatnya tanpa berhenti.

Beliau adalah salah seorang pengasas Parti Gerakan pada 1968, dan kemudian Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (Pekemas). Walaupun pernannya di dalam politik sering dipertikaikan, beliau tetap memegang kepada prinsipnya.

Sumbanganya di Universiti Malaya di Singapura, kemudian di Malaysia dan Universiti Kebangsaan adalah ketara. Beliau meyakini meritokrasi di bidang akademik. Bila beliau menjadi Naib Canselor Universiti Malaya pada 1990-an, keyakinan inilah merupakan salah satu punca yang menyebabkan beliau dipecatkan. Ahli penyelidik akan membongkarkan bahawa pemecatan beliau adalah kena-mengena dengan politik parti semata-mata.

Kita akan melihat upacara memperingati Allahyarham khasnya di kalangan akademik.

Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home