Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, January 10, 2007

Kesengsaraan kerana kad kredit dan integriti (keutuhan),11.1.2007.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya orang ramai sentiasa berhati-hati ketika menggunakan kad kredit untuk mengelakkan hutang besar. Kedudukan kewangan yang buruk kerana penggunaan kad mungkin menjejaskan integriti seseorang.

Kerajaan mestilah mengawal sistem kad kredit dengan berkesan. Ini merupakan salah satu strategi untuk mewujudkan integriti di Malaysia.

Dr Tan mengambil bahagian di dalam Debat Perdana, Musim Ke-6, Integriti, Siri 1, "Bila Hadiah Menjadi Rasuah" RTM1,Wisma TV, Angkasapuri, pada 9 Januari, 2007. Ahli Panel ialah YB Dato' Dr Zambry Abd. Kadir, Ahli Exco, Perak, YB Dr Chandra Muzaffar, Presiden, JUST WORLD, Dr Tan Seng Giaw.

Sejak kedatangan Adam dan manusia di bumi, insan ini ada yang suci dan salih, ada yang kurang. Salah satu kekurangannya ialah pemberian dan penerimaan rasuah.

Kerajaan haruslah mempunyai iltizam politik untuk mengambil tindakan mencari bukti dan menghadapkan pemimpin yang korup kepada mahkamah. Gaji pekerja awam dan swasta patutlah munasabah. Sekarang, gaji konstabel polis hanya RM650 sebulan. Ini adalah telalu rendah, terutamanya di bandar. Kerajaan hendaklah meniakkan gaji polis, lalu mewujudkan suasana yang baik untuk integriti.

Sementara itu, orang dari semua sektor mestilah berwaspada semasa memakai kad kredit. Jika tidak, hutang yang tidak dibayar balik menimbulkan keadaan sukar. Demikian, mereka mungkin mudah terlibat dengan penyelewengan seperti rasuah.

Kini, syarikat asing dan tempatan mengeluarkan kredit melalui kad sejumlah RM49.8 bilion. Pada Mei, 2005, jumlah hutang kad kredit adalah RMRM12.6 bilion. Bagi kredit kurang dari tiga bulan, amaun hutangnya ialah RM1.4 Bilion, tiga hinga enam bulan RM346 juta dan lebih enam bulan RM299 juta. Amaun hutang untuk kredit lebih enam bulan adalah di lingkungan RM300 juta hingga RM350 juta.

Pemegang kad kredit haruslah menggunakan kad untuk membeli barangan atau mendapat perkhidmatan mengikut kemampuan sahaja. Yang memakai kad platinum boleh mendapat barangan dan perkhidmatan si seberang laut melalui Internet. Ini menambahkan risikonya. Setelah pemegang kad menghadapi kesukaran kewangan disebabkan penyalahgunaan kad, adalah susah baginya untuk menegakkan integriti.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home