Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, March 07, 2012

Upah Yang Saksama


Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw memberi peringatan kepada Kerjaaan Pusat bahawa sistem upah kepada kakitangan kerajaan mestilah adil dan saksama.

Satu suruhanjaya untuk mengkaji sistem saraan secara menyeluruh adalah ke arah yang betul. Semoga suruhanjaya itu menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan. Apakah bilangan kakitangan kerajaan yang sesuai dengan keadaan di Malaysia?

Pada 8.3.2012, Dr Tan membuat ulasan terhadap tindakan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini untuk membatalkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Menurut Perdana Menteri, Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digunakan semula dengan pindaan.
Misalnya jadual upah akan diperbaiki untuk membayangkan tambahan minimum dan maksimum
dari RM80 kepada RM320 untuk gred 1 hingga 54. Tambahan tahunan akan dikekalkan mengikut SSM.
Nampaknya, Elaun Belanja Hidup akan dinaikkan dari RM200 kepada RM250 bagi Area B dan dari RM100 kepada RM150 untuk Area C.

Kami berharap suruhanjaya saraan akan mengkaji secara menluas termasuk bilangan kakitangan yang diperlukan bagi negara ini dan upahan yang dianggap adil dan saksama. cocok dengan zaman sekarang.

Tan Seng Giaw

1 Comments:

At 11:59 AM, Blogger government servant said...

tq yb your effort towards better welfare of government servant and better malaysia is much appriciated.keep up the good work.

 

Post a Comment

<< Home