Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, October 27, 2012

Undi pos mestilah adil

Orang ramai adalah prihatin terhadap undi pos. Dalam beberapa pilihan raya umum yang lepas, setengah-setengah pengundi mempercayai bahawa wujudnya kongkalikong. Kementerian Luar Negeri dilaporkan bersedia untuk menguruskan pengundian pos di seberang laut. Kami berharap kementerian itu akan benar-benar menjalankan tugas untuk kepentingan rakyat Malaysia dengan adil dan saksama. Suruhanjaya Pilihan Raya haruslah telus. Ia mestilah menunjukkan kebersihannya dalam pindaan ke atas peraturan-peraturan untuk undi pos. Marilah kita melihat pilihan raya umum yang bersih dan adil.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home