Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, October 19, 2012

Lebih perhatian meningkatkan kualiti guru

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah tiba masanya kerajaan menggandakan usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan mencukupi supaya mereka dapat ditempatkan di pedalaman dan luar bandar.

Malaysia mempunyai 410,000 orang guru. Ada yang berkaliber dan ada yang kurang. YAB Muhyiddin telah mengakui bahawa usaha seperti kursus penambahbaikan kualiti guru telah dilaksanakan. Memang rumit untuk mencapai matlamat. Semua pihak mestilah mengambil perhatian. Misalnya, kursus-kursus di institusi-institusi perguruan haruslah ditambahbaikan cocok dengan zaman kini. Keberkesanan kursus khas untuk guru yang sedang berkhidmat perlu dikaji semula. Kita memerlukan guru yang berkualiti di bandar dan luar bandar.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home