Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, October 14, 2012

Kebaikan hati pemimpin yang berani

Saya telah ditanya dari semasa ke semasa mengenai kebaikan atau kemuliaan hati para pemimpin terhadap orang yang melakukan salah atau musuh politik. Kami mestilah melihat seseorang dan perbuatannya. Jika jenayah yang dilakukan adalah jijik,maka ini terserahlah kepada mahkamah.

Pemimpin yang berani mestilah sanggup memaafkan untuk keamanan negara. Inilah merupakan salah satu ciri pemimpin yang bertaraf dunia.

Nelson Mandela telah dipenjara di Pulau Robben, Afrika Selatan, oleh Rejim Apartheid selama 27 tahun. Beliau memaafkan musuh politiknya. Ini adalah salah satu ciri kebudayaan Afrika. Beliau berkata: Courageous people do not fear forgiving for the sake of peace. Find a way to forgive without forgetting.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home