Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, October 08, 2012

Projek-projek dengan nilai sebenar

Projek-projek dengan nilai sebenar

Dalam tempoh 4 tahun ini, PM YAB Najib melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi. Setakat ini jumlah 138 projek telah diumumkan di bawah ETP dengan jangkaan pelaburan sebanyak RM203.1 bilion. Keadaan ekonomi Malaysia adalah dianggarkan mencapai pertumbuhan antara 4 hingga 5peratus bagi tahun 2012.

Projek-projek tersebut adalah termasuk KUala Lumpur Mass Transit (MRT), LRT Sambungan, Pembangunan tanah RRI, KLIA 2, Projek Petronas Rapid dan Tun Razak Exchange(TRX) dan Projek Perumahan 1Malaysia. Yang peri pentingnya, kita mestilah mencegah ketirisan ya. Adalah dianggarkan bahawa ketirisan ialah lebih daripada 30 peratus.

Misalnya projek KLIA 2 telah dirancangkan di KLIA Utara dengan anggaran perbelanjaan RM1.7 bilion dan dijangka siap pada 2011. Kini, ia dibina di KLIA Barat dan kos projek dianggarkan RM4 bilion. Ia adalah dijangka siap pada 2013.

Perdana Menteri menekakan CTI, cepat, tepat dan integriti. Kita mestilah mengikut nilai ini dalam pelaksanaan, terutamanya dengan 103 projek tersebut. Kita berharap YAB Najib dapat menunjalkan pada hal ini untuk menepati janji.

Kita mestilah menumpu perhatian kepada ketelusan yang termasuk tender terbuka. Kita mahu projek-projek dilaksanakan dengan harga yang sebenarnya. Daripada RM203.1 bilion, berapa puluh bilion boleh dijimatkan?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home