Mestilah adil bila melaksanakan Sistem Penguatkuasa Automatik(AES)
Kami berendapat bahawa Menteri Pengangkutan Datuk Kong Cho Ha mestilah mempertimbang kesan penguatkuasaan AES ke atas para pemandu. Beliau mengingatkan orang ramai yang menerima notis atau saman terus merayu kepada mahkamah, bukan kementeriannya. Beliau belum lagi memastikan cara pelaksanaannya boleh mengurangkan kadar kemalangan dan operasinya adalah adil dan munasabah. Ini memang menimbulkan ketidakpuasan.
Menteri haruslah menerangkan sama ada penswastaan AES merangsangkan syarikat berkaitan memilih tamat yang boleh mendapat gambar pelanggara peraturan yang paling banyak. Ia boleh beruntung lebih banyak jika jumlah denda meningkat.
Kami berharap para pemandu jangan melanggar peraturan termasuk lampu merah. Jika melanggar, dendanya RM300. Tetapi, sekiranya pihak berkuasa mewujudkan peluang bagi syarikat meraih keuntungan ke atas orang yang tidak bernasib baik, maka rakyat mestilah berasa gelisah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home