Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, October 25, 2012

Elakkan isu-isu sensitif agama dan kaum

Sekarang, ada orang yang menyebarkan mesej di bandar-bandar bahawa jika Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Persekutuan, rakyat akan hilang kaki dan tangan. Sebaliknya, di kampung-kampung, mereka menghasutkan bahawa sekiranya PR memerintah di Persekutuan, umat Islam akan menjadi Kristian. PAS sudah mentadbir Kelantan selama 22 tahun, negeri itu bukan negeri orang-orang kudung; PR menguruskan Pulau Pinang selama kira-kira empat tahun, tidak ada umat Islam dipaksa menjadi Kristian. Kita ada tanggungjawab menasihat orang jangan menyalahgunakan isu-isu sensitif agama dan kaum. Kita juga ada tanggungjawab untuk menolak pemimpin-pemimpin yang mengekspoitasikan isu-isu tersebut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home