Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, October 27, 2012

Pengurusan yang cekap dan bersih untuk kawasan tadahan pelaburan

Rakyat mahu pembangunan. Tetapi, ia mestilah bersih dan cekap serta mempertimbangkan alam sekitar. Sama ada Pengerang, Iskandar atau lain-lain tempat, Kerajaan tidak seharusnya melayan para penduduk dengan buruk. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Johor sebagai kawasan tadahan pelaburan kerana ia dapat menarik pelaburan berbilion-bilion ringgit, yang akan memberi manfaat kepada rakyat.  Semoga tidak adanya kecurangan dalam pengurusan tempat-tempat ini. Semoga kita boleh melihat pengurusan yang cekap dan bersih serta pembangunan yang seimbang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home